Saturday, March 7, 2009

Hari ke 4 di Annur~ 7hb March 2009

Malam tadi tak dapat tidur lena.. gangguan batuk yg berterusan menyebabkan saya diberi ubat asthma dan ubat kahak, ditambahkan lagi dgn gas selama lebih kurang 20 minit.. rase mcm pendek ajer udara pada badan.. hakikat yg payah diterima. Kalo kat rumah, hubby biase jadi mangsa utk membantu mengurut pada belakang badan dgn minyak panas afiat, legalah sikit. Tapi disini lebih kepada ubat-ubatan yg bersesuaian ngan penyakit ~ maka berderet-deretlah ubatnyer.. Dalam 4jam sekali saya akan diberikan gas, ubat-ubat plak 8jam sekali.. Pagi ni, agak lewat bangun..sesudah mandi, solat & bersarapan, kira2 jam 9pagi seorg doktor yg dikenali sebagai Prof Dr Latiff.. masuk ke bilik utk melihat perkembanagan kesihatan dan member satu ujian fizikal dimana saya dikehendaki menuip sekuat-kuat hati ke dalam alat tersebut, seandainya nafas yg dikeluarkan mencapai syarat yg dikeluarkan saya dibenarkan balik.. (dalam hati ni memang meronta-ronta nak balik.. kalo kat rumah macam2 boleh buat.. buat blog pun tak sempat.. hihi)saya cuba sedaya upaya , tapi masih ditahap 200mm sahaja. Saya perlu mencapai 400mm. Doktor dengan tenang memaklumkan yg saya masih lagi tidak dibenarkan utk pulang.. kecewa hati saya mendengarnya..Dr suruh nurse buatkan treatment gas lagi.. Jam 9.40pagi~ Hubby ngan anak2 datang menziarahiku.. dan kembali ceria.. berkali-kali anak2 minta saya pulang. Saya maklumkan pada anak2 yg doktor tak beri.” Ummi tak sihat lagi, esok ummi balik ek.. nanti kita p jalan2 ngan abah ek!” Saya cuba mengembirakan mereka. Diorg hanya senym ajer.. Aktiviti mereka kali ini main panjat katil dan masuk almari. Hubby plak kusyuk menonton citer kartun…Diorang pulang kira2 1 jam selepas itu… anakku si Aishah sempat menciumku utk beberapa kali.. ksian anak kecil ini.. Hubby plak ader inform kalo bibik balik Indonesia Ogos ni, nak sekolahkan Aishah di Little Caliph lebih awal. Biar dia cepat berdikari dan memahirkan diri dalam pembelajaran.. saya hanya tersenyum.. Duduk sorang2, kali ini saya mencari gambar ngan teman2 lama opis.. dgn kakak2 otai kat RND, gambo dolu2.. yes ! dapat jugak cari…

(Dari kiri:- Puan Rohayah, Azlida, Kak Adah, Kak Min & me~ Cyah)

Gambar ini diambil hujung bulan April 2004. Adik Azlida ni resign dr TMR&D dan menyertai RISDA di Grik, Perak tempat kelahirannya. Beliau joins TMR&D Cuma 3bulan sahaja.. Kak Adah plak ambil VSS dlm awal tahun 2006. Sementara yang lain masih lagi bekerja disini..

Jam 1.30ptg~Diziarahi oleh Kak Wardiah &Abg Tohir dan anak2 serta Lia (adik iparku yg berkahwin ngan Epul, Nov08 yang lalu..

Jam 2.00ptg~Jururawat datang utk beri ubat dan gas..Terlena jap dek kerana makan ubat.. Pukul 4.oo ptg~ Aida datang, yang kebetulan ambil ubat asthma kat Klinik. Pukul 5.00 ptg~ Buat Physiotherapy ngan En Safwan ditingkat 2

Pukul 6.ooptg~ ambil gas lagi.. Pukul 7.ooptg~ physiotherapy Pukul 9.00 mlm~ pegi restoran Kelisa beli Mee kantonis dan menyapa pelayan disitu, minta izin nak share wireless.. OK dapat, lantas buka laptob hubby utk post data yg telah didraft sblm ini.. Berjaya jugak!

Tepat 10.00mlm~ nurse masuk berikan ubat2 dan minta saya ambil gas lagi.. katanya kali ini doktor suruh 4jam sekali, bermakna jam 2.oo pagi dan 6.oo pagi~ gue akan digangguishh..Sekarang dah pukul 11 malam, nak cuba berehat setelah makan ubat.. tanganku masih menggigil, kesan ubat asthma yg begitu kuat..

Daku moga2 esok siiiiiiiiiiiiiiihat, amin.. tak sabar nak balik rumah..kalo ok nak jenguk opis skali, tentu banyak kija yg tertangguh.. Doakan utk gue ek.. ikhlas tapi jauh!