Hari ni adalah hari kedua saya di hospital. Pagi tadi dah pun sms kat Pn Roslaili yg saya MC dua hari.. Khamis & jumaat.sebab masih dalam perhatian Doktor.. saya tak inform yang saya kena warded.. tak nak dia and geng risau.. cukuplah family kiter ajer.. segan plak.. geng finance memang ambil berat.. tapi saya tak sampai hati nak inform sebab minggu ni busy.. Boss baru~ our CFO dijangkakan masuk on April but dah mula take over all the work.. dari jauh la.. Pn Roslaili pung mcm tu.. kena buat report, eva sibuk ngan PPEC coming soon.. I think next week. How can do the CWIP report.. because no network at Annur.. I means.. internet..geng lain pung sama.. sibuk ngan stocktake asset.. dan proses pembayaran pada vendor..
istilah 'curi tulang' tu.. takde pada kami smua.. kija ala2 cina style.. so far its good..tapi masa saya joins kat PORLA.. biase la .. org 'goment'.. kija nyer banyak.. saya rase banyak relax dari buat kija.. tapi disebabkan saya and the geng datang dari Audit firm.. so kami tak lah tiru cara mereka.. Cuma kalo nak dapat data.. its take very long time… sabor ajer la.. tapi mereka smua friendly.. Otai.. masa tu zaman Anwar .. reformasi.. dapat email , diorg siap print utk kami.. the bila ketua Pengarah tau.. arahan dikeluarkan agar semua staff lebih serius utk bekerja.. yea ker. SAya rase diorang tak galakkan kakitangan awam utk mengambil tahu akan politik semasa..kalo pun berminat.. hanya utk BN.. ( tak adil tu, sepatutnya ianya lebih bersikap terbuka.. dan yg pasti UNDI itu rahsia..) yea dok!
Disebabkan saya tak bleh tidur lena, terpaksalah buka laptop sepanjang malam sambil mendengar ayat2 Alquran.. TV saya buka tapi 'dimute'kan.. takde la takut.. Cuma tak biase.. semalam, masa lalu di lif, terserempak En Romli.. boss kat Photonic ( Basic Research ).. barangkali ahli keluarganya pun warded.. saya tak tegurnya memandangkan saya sedang menunggu Nurse dan dia tergesa-gesa menaiki lif..
Seawal jam 5.30am, Jururawat datang dan memberi ubat dan injection antibiotic,.. saya dah tak bleh nak tidur.. bangun, mandi dan solat.. call hubby, utk bangunkan dia dari tidur..rupanya dia tidur lewat.. siapkan assignment sekolahnyer..
Walaupun duduk kat hospital, saya pun bawa bekalan 'kija opis' yg tak settle lagi.. dengan harapan.. moga2 ianya dapat diselesaikan walaupun sedikit.. kan 'masa itu emas'.TNT staff dan Report CWIP.. harap2 blehlah hendaknya..
Jam 10.30 pagi, Dr Norshinah masuk utk buat pemeriksaan lanjutan.. katanya darah saya ada jangkitan kuman.. dan ada sedikit radang pada paru2.. dan dia minta agar saya mengikuti arahannya dari masa ke semasa.. cuba praktikkan ajaran En Safwan… OK, insyaAllah. Dan selepas tu.. terlelap.. barangkali ubat yg diberi itu melalikan..
Ptg~ 4ptg, hubby datang sambil bawa apam balik & perfume trisor~Lancome..( gue pesan smlm~ agak tidak selesa ngan bau ubat ), baru selesai kelas.. dan trus datang menjenguk..bila saya citer kat dia.. muka die kering ajer.. tak risau pun.. sayang kita tak ni? Cuma Tanya bila bleh balik.. ish aper la hubby gue ni.. muka rock ajer.. nyaris la hati dah redha.. taknak ambil hati.. biarlah..
Jam pkl 6.30ptg~En. Safwan datang lagi.. katanya nak buat physioteraphy lagi.. En Safwan sapa hubby.. hubby taknak turut serta. Katanya dia nak balik awal , nak belikan barang basah utk rumah..ada assignment yg perlu dibuat.. sekali lagi saya redha.. think positive ajer la.. lagi pun hubby banyak kija sekolah.. so kenalah blajo memahami.. Proses physiotherapy dlm 1 jam..
Lepas maghrib, dlm pkl 8mlm,saya didatangi oleh Dr Norshinah.Pemeriksaan yg dibuat menunjukkan ada pengurangan bunyi pada sebahagian paru2. Alhamdulilah.. moga2 saya beransur baik dan dapat pulang ke rumah..
Dan yang terkini, Emak saya sedang dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke sini menaiki Bas jam 9mlm..bersama Wani. Kata Wani, mak risau sangat siap bergadun ngan abah.. ish.. kes bahaya ni.. tak pasai2, smua org tau.. moga2 Allah permudahkan perjalanan hidup kami.
Ok, setakat ini sahaja. Nak siapkan sedikit kija opis. By the way, moga2 kita semua dalam kerahmatanNya.~ InsyaAllah.