Monday, March 16, 2009

Surat oh Surat..

Selamat bersua kembali di alam maya.. siapa saya dan anda .. itu semua tidak penting.. cukup selesa jika ianya diluah, dicerita namun tidak suka mengata.. cukuplah menilai keupayaan sidia atau sesapa sahaja..
Apalah yang dilalutkan saya ni.. oklah back to our cerita..
Dolu2 saya amat suka bertinta.. menulis cerita saya, dia dan sesapa sahaja.. even kalo nampak kucing yang comel pung.. trus digarap dan dikarang dalam warkah yang panjang berjela.. kerana saya suka akan sastera.. walaupun sekolah taklah 'seterer' mana apa lagi jurusan saya yang penuh dgn kira2, namun ungkapan cerita dalam tinta.. menjanjikan satu kepuasan dalam berbicara..
barangkali pada zaman saya( awal 1990-an ) pada masa itu.. menggalakkan saya utk bertinta.. pada teman2 & kenalan.. mahupun saudara mara.. bila diingatkan kembali.. klakar palak.. sebab posmen akan singgah ke rumah.. walaupun hari tersebut tiada surat yang diterima.. sambil memaklumkan status surat2 yg dihantar...
Oleh kerana saya bukan datang dari keluarga yang berada.. bermula dari abah yang bersara dari seorang tentera..dan kami pulang ke desa.. pada masa itu warkah sering diterima dari teman2 lama dan dibalas oleh saya dengan lancar sekali.... di desa, rumah saya takde telefon rumah.. kalo tahap rindu gaban pun.. biasenyer saya dan sepupu suka bergayut kat telefon awam kat kampung.. tapi masyaAllah.. panjang jugak ahli2nya... oleh sebab itu.. sepupuku si Jun kerap berlawan mulut ngan mereka dok gara2 lama menunggu giliran kami.. sebab itu kami lebih suka bertinta..
Antara teman2 yang biasa menuliskan surat pada saya ialah Hasniza, KAk Seri, Naim, Saiful Bahrin ( GUru Bahasa Arab di Slim River), Oli, Sahida dan ramai lagi..
Setiap orang ini mempunyai gaya yang tersendiri.. itu yang saya lebih suka meniru cara dan gaya mereka menuliskan surat pada teman2 lain..
Hasniza Hasnan adalah sahabat saya sejak menuntut di dlm darjah 4 Sek, Keb Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi..kini beliau menjadi seorang guru di Johor..
tapi awas.. jika surat2 yang dilayang kepada saya.. akan melalui satu sesi tapisan dari emak.. itu yang saya khabarkan pada teman2 agar jangan cerita benda yg bleh meragukan.
Ianya juga menambahkan kenalan. Walaupun begitu, sejak saya meneruskan pengajian selepas SPM, warkah yang ditunggu-tunggu kian berkurangan.. kawan yg biasa menghantar surat pun kian jauh.. barangkali kesibukan dgn tugasan belajar.. menjauhkanlah lagi diri saya dan mereka.. barangkali jugak teknologi semasa yang makin canggih.. bermula dengan internet yang boleh berhubung antara sesama kita mahupun perkenalan telefon bimbit yang mendapat tempat dihati remaja masa itu..
Walaupun sedar lebih 15tahun, saya tinggalkan zaman remaja,diri akur dengan peredaran zaman yg kian mencabar.. namun senantiasa berharap agar silaturrahim ini akan berpanjangan.