Friday, March 13, 2009

Cerita utk 5 hari kerja

Dalam keheningan malam ini.. saya gagahi juga utk bertinta lagi.. tiada aper yang terluka cuma kesibukan masa yg diisi dgn menyiapkan tugasan pejabat yang tiada penghujungnya.. selagi terdaya.. akan saya selesaikannya.. mana tahu mungkin esok lusa panggilanNya.. sesungguhnya manusia hanya merancang, namun ketentuan adalah datang dariNya.. Sejak seminggu memulakan kerja, rasanya sudah mula selesa.. tidak lagi batuk dan keletihan.. bagus jugak ubat yang diberikan oleh Doktor tu.. tak sanggup lagi rasanya bila ditahan di wad.. cukuplah kali itu sahaja.. terasa jauh dgn keluarga bermakna semakin diri keseorangan.. dan semakin kehidupan kian sunyi.. Bermula dgn hari selasa ~ 10hb Mac 09, saya langkah ke pejabat.. bergaya sebagai pekerja..aper lagi.. siapkan 'report CWIP Feb 09' dgn pantasnya,. Ianya diikuti dgn menganalisis perbelajaan projek.. dan mengemaskini status projek dgn ketua2 projek yg 'bermasalah'.. Alhamdulilah siap jugak report tu.. Pada hari seterusnya~ lebih kepada semakan tuntutan perjalanan kakitangan..emm.. bleh tahan juga banyaknya..disamping menyiapkan Inbois yg diserahkan oleh Unit Marketing.. Dan pada hari Jumaat ( lunch time)~ mengikuti kelas Ibadah Solat Khas Untuk Wanita yang disampaikan oleh Ustazah Tahirah.. Sepanjang minggu lepas, kerja, kerja dan kerja.. tak terlibat pun dengan dunia luar.. nyaris hubby faham..hihi..