Syukur dengan kehadrat ilahi.. diberikan kekuatan pada diri utk menempuhnya..
Seawal 4pagi telah dikejutkan oleh Nurse utk check-up tekanan darah dan suhu badan.. dan dikuti plak ngan injection antibiotic.. naik seram bulu roma bila tengok jarum tu.. seperti biasa saya akan mengalihkan mata ke tempat lain.. takut sungguh dgn injection ni.. dolu2 takde la takut sangat.. NAmun sejak menghadapi pembedahan lebih 20 tahun yg lalu.. diri jadi kaget..
Oh ya.. mata sebelah kiri saya pernah dibedah lebih 20 tahun yang lalu. Masa tu ketika berumur darjah 3. Semuanya gara2 permainan 'kayu tiga' or kalo org belah selatan panggil koda kondi.. saya memang suka main dgn geng masa tu.. saya ni sejak kecil kurang kawan pompuan.. even adik yang 2~ 4… pun laki..( selepas tu baru ader pompuan) , istilah main masak2 pun takde.. gemo panjat pokok, main basikal BMX ( hadiah dari abah sebab tamat Alquran), main slipar tiga ngan rounders. Semuanyer lelaki.. kecuali saya.. berbalik pada citer tadi.. pada masa tu.. dah nak maghrib.. saya dan geng tak balik rumah lagi.. biaselah tinggal kat kuarters tentera.. rumah dekat jer.. saya tak main plak main tu.. Cuma jadi penonton ajer melihat geng lain tengah main..dan masa tu tak semena-mena kayu itu singgah kat mata kiri.. terkena la sikit.. saya kira hanya habuk.. trus pulang dan cuba basuh2 ngan air beberapa kali, tapi malangnya lagi pedih plak mata.. kebetulan abah pulang dari main Badminton .. saya cuba adu padanya.. minta belas kasihan.. tapi barangkali abah tengah keletihan .. error time la plak.. abah trus marah dan mnyalahkan saya… Pada masa tu.. hanya Allah saje tahu.. kecilnya hatiku bilamana seorg abah secara terus terang tak mahu menghantarku ke klinik.. trus saya masuk ke bilik.. dan menangis.. ( sakit sikit ajer tapi geram sangat ngan abah). Beberapa minit selepas itu, abah masuk kebilik dan minta saya bersiap dan trus menuju ke RESAT MTD( lebih kurang klinik arr, tapi khas utk ahli tentera sahaja~ saying jugak abah kat kita, ya hoo..) Doktor buat pemeriksaan dan memaklumkan pada kami utk trus ke Hospital Besar Kuala Lumpur menaiki ambulans tentera.. ( mata tak darah, tapi anak mata luka sikit ajer.. bukan macam citer kassim selamat tau) Udah la saya tak makan lagi.. perut keroncong.. sampai disana dan diperiksa sekali lagi.. dan saya perlu berpuasa agar masa operation berjalan lancar.. 2 kali saya mata saya dibedah ~ tahun 1987 dan 1990. Masa dihospital jugak lebih 10kali diinjection.. bukan ditangan tapi di mata… hanya kerna nak buang darah kotor, kata doktor yg merawatku ada jangkitan kuman dan risau ia bleh buta so perlu dibuang darah yg kotor tu dengan cara injection pada bawah anak mata..berdenyut-denyut mata bila sudah dicucuk.. mcm nak terkluar pun ader satu pengalaman yg sukar dilupakan sampai skrg.. Lupa plak, budak yg terbuat tu ialah Khairul Anuar Baharum.. kalo tak silap, sekarang ni dia menjadi pemain bola sepak tempatan.. saya tak salahkan dia.. tapi dah Qada' & Qadar dari Alllah..
Berbalik citer semasa, pagi ni saya hanya ditemani bekalan ubat-ubatan yg ntah aper2.. rase nak buang ajer.. tapi tak berani.. takut lagi lama tinggal kat sini.. termenung ajer la.. dan menjelang tengah hari saya menelefon Aida teman opis.. Tanya khabar opis dan kengkawan..saya maklumkan padanya yg saya warded, dah masuk hari ke-3. Selepas itu, saya cuba hubungi Ronaziah, yg saya panggil Rona. Beliau adalah kenalan rapatku di Shah Alam.. tak dapat dihubungi.. dan disebabkan kebuntuan terus saya lelapkan mata.. amat kesunyian.. biasenye waktu2 begini sedang sibuk ngan kija opis .. tapi aper nak buat..
Petang jam 5ptg.. nurse masuk dan maklumkan seorg doktor akan masuk..saya mengiakannya.. Dr Jeffrey memperkenalkan diri lalu menjalankan aktiviti rutinnya.. dan dia memaklumkan badansaya masih lemah.. dan perlu ditahan lagi utk pemerikaan lanjutan. Saya tersenyum.. tapi dlm hati masih giram.. bila nak sihat ni.. kang aku larikan.. ish saya istighfar semula.. selepas itu En Safwan datang dan meminta agar saya bersedia buat aktiviti yg diajar sebelum ini.. saya cuba melakukannya dan pada ,masa tu kahak dikeluarkan.. dan saya lihat bewarna kuning kehijauan. En. Safwan memaklumkan yg ianya disebabkan lendiran putih kahak yang lama dan terperap pada paru2 dan ianya berubah warna.Sekiranya ianya tidak dikeluarkan , akan menyebabkan jangkitan kuman yg bleh menjadi pau2 berair.. Alhamdulilah ianya beransur baik.. waktu nak kluar bilik En Safwan, terserempak ngan En Shafiee dr unit cikgu ( Mohamad Draman) katanya anaknya demam > drpd seminggu.. so kena dapat tahan..
Waktu masuk warded, sempatku sapa nurse agar dapat ditukarkan ke ward lain, kerana ward ini harganya RM190 semalam, walhal limit kami hanya RM 150 semalam. Dan 3 hari saya tinggal kat sini. Pada hari rabu, semua ward penuh kecuali bilik ini yg harganya RM190 semalam, jadi terpaksalah saya masuk ke bilik ini. Alhamudilah, nurse memaklumkan ada bilik yg kosong. Katanya ramai patient kluar hari ni.. so rezekilah..Jam 9.30 mlm, sekumpulan adik2 saya ( iwan aizie & anak2, ipin, wani, pendi and eny) serta mak datang menziarahi saya. Riuh rendahlah bilik saya pada malam ni....terasa macam org sihat plak..
KIni jam 12 tgh malam, dan mata saya mula ngantuk..terasa jauh dari mata suami dan anak2.. rindu bangat ngan diorg.. Moga2 keluargaku,ibubapa, teman2 & semua muslimin muslimat dilimpahi rahmat dariNya. Sayang sokmo!
Salam dari hati ..