Saturday, March 7, 2009

Ujian Allah..~ 4hb March 2009

Hari ni seperti hari2 yg saya lalui.. tetap teguhkan diri utk menempuh dugaan & cabaran hidup ini. Kat opis saya satu ILMU dapat dipelari.. tengok data projek melalui kod Eva teman sepejabat.. ok jugak lagi mudah.. percepatkan masa.. naper la setahun dolu saya tak dapat cara begini.. takde la makan 2-3 hari utk updated data dari SAP to excel..setelah itu data tersebut dapat dicetak dan disimpan dalam file yg berkaitan. Selepas ni nak buat report projek…thanks Eva.

3.40ptg~ saya mula bergerak ke Hospital Annur, ada temujanji ngan Doktor. Dah 3 bulan batuk saya ni.. tapi kija kat opis menyebabkan saya menangguhkannya.. dari proses penutupan akaun syarikat, reporting.. dan audit yg berakhir bulan Januari.. dan diikuti Pn Zuraini yg ''tender resign'.. so bantulah sikit2 kat bahagian setiausaha sementara menunggu Siti masuk, kija saya tetap diteruskan mcm biase.. nak time-off pun takut2 Doktor tahan plak.. last week sibuk ngan proses penutupan akaun bulanan syarikat.. TNT yg berlambak, nak fotostat dokumen yg berkaitan projek.. analisis projek.. bantu ketua projek utk checking data.. projek kat RND ader la lebih kurang 40 projek, telefon bordering ajer dan email yg panjang jela.. Kuat ker saya sebenarnya?Masalah rumahtangga tu ader la, namun nak tak nak Aku perlu kuat.. bosan, hiba, sedih . Hanya Allah sahaja yang tahu, bila agaknya saya akan bergembira semula.. Waalahualam..

Berbalik dengan temujanji dgn doktor pakar. Saya pergi seorang diri tanpa ditemani oleh sesape. Emm saya warded.. didapati ada jangkitan kuman kat paru-paru.. sebab batuk yg yg berterusan. Ubat yg diberi pun tak 'lut'.. saya percaya pada fitrahnya manusia.. yg penyakit yg diperolehi oleh kerna nak cuci dosa.. ek! Teringat kata Dr Fadhilah Kamsah. 2 hari sudah kiter ada kursus ngan dia.. terasa kedil diri ini.. walaupun ditanya secara rawak pada kami semua, namun ada bab2 yg terasa.. dan perlu diperbaiki.. kelemahan itu ada pada semua manusia.. orang akan Gah jika kaya.. tapi ianya dapat ditundukkan dengan bersedekah..dan dihiasi dengan amalan zikir agar hati tidak mengalah dek kerana nafsu..

Lepas Maghrib, Hubby & anak2 serta bibik pun datang menjenguk.. menghantar pakaian yg perlu.. kelihatan anak2 menangis.. saya terangkan yg Doktor nak check ajer..kena makan ubat.. blab la bla.. jenuh jugak nak terang kat bebudak ni..berat jugak nak tinggalkan diorang ngan bibik. Aishah ni biasenyer tidur ngan saya.. tapi nampaknya Abahnya ambil alih tugas tersebut..

Dan malam ni, buat pertama kalinya tidur sorang2 kat hospital.. sejak saya mendirikan rumahtangga..biasenyer tidur ngan anak2..

Dalam pkl 8mlm, En Safwan~ pakar physiotherapist, menjemput saya ke biliknya utk pemeriksaan paru2.. saya menganguk tanda setuju. Naik semput bila melaui prosesnya.. katanya baring dan mongering ke kanan dan meletakkan bantal di bawah dada dapat mempercepatkan proses lendiran kahak dapat dikeluarkan dari paru2.. satu teknik lagi.. meniarap, juga meletakkan bantal di dada.. saya perlu buat di bilik at least 1 jam 4 kali.. disamping injection antibiotic 3 kali sehari.. saya dengan tenang perlu melaluinya.. Insya Allah( tak suka injection, kalo nak bersalin tu dah ready, yg ni main2 terjah dan tak ready..masuk ward injection for checking TB, then 2 time injection for antibiotic.. now morning, evening & night… )

Ok la nak tidur.. sempat call Aishah tadi dan menyanyikan doa utk tidur.. (ni gara2 dengar kumpulan Tilmiz la ni.. ) Moga2 hari esok lebih sempurna, Insya Allah.