Wednesday, March 18, 2009

Nilai Kasih Seorang Ibu..

Kisah ini saya rasa korang pernah dengar.. tapi saya rasa terpanggil utk diletakkan pada blog.

Teringat plak masa zaman tinggal kat Kem Sg Besi.. kalo nak beli barang di kedai runcit, biasenyer emak akan beri upah 10sen kalo tolong membelikan barang yg disenaraikan dikedai.. masa tu best sungguh.. duit syiling tu akan saya masukkan ke dalam tabung 'anak harimau'( rasenyer dolu2 Maybank ader kluarkan).. pada masa tu yg penting hanya wang ajer.. tapi bila dah sedikit dewasa barulah faham sikit2..betapa besarnya pengorbanan ibu buat anak2.. bagi kita yang masih ibu.. akan terkenang-kenang saat dekat ibu..

lewat maghrib tadi..5 miss call dari adik saya Nurizzati.. rupa2nya emakku ini rindu sangat kat kita.. barangkali dah lama kami tak balik ke kampung.. kesibukan hubby blajo dan saya yg terbusy sikit kat opis.. terasa berdosa plak kita. 2 minggu sudah emak ada menjenguk kita di HOspital An Nur tapi sekejap sangat.. saya hanya sempat brikan sapu tangan dan kelengkapan mandi.. yg sebenarnya pihak hospital yg brikan pada saya.. emak plak membawa kuih bahulu yg menjadi rebutan saya, Sofea dan Syuhada ( anak Aziah & Iwan).. tak sangka plak bebudak ni mcm kita yg suka kuih tradisional..

Oklah.. korang baca kisah ini ek..

Anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk memasak di dapur, tiba-tiba anak menghulurkan sekeping kertas kecil berwarna putih yang di dalamnya bertulis sesuatu. Ibu tadi pun segera mengesatkan tangan diaproon dan menyambut kertas yang dihulurkan oleh anak tersebut lalu membacanya dengan tenang.

Nota : Upah Yang Perlu Dibayar Oleh Ibu

Upah pergi ke kedai RM5.00

Upah menjaga adik RM5.00

Upah membuang sampah ke tong besar RM3.00

Upah mengemaskan bilik RM4.00

Upah menyiram bunga di sekitar rumah RM4.00

Upah menyapu sampah di kawasan rumah RM4.00

Jumlah Keseluruhan : RM25.00

Sesudah membaca ibu tersenyum memandangkan anak yang sedang menunggu jawapan dari ibunya dan pada mindanya berlegar-legar jawapan yang perlu dinyatakan serta ditulis pada kertas dengan jelas.

Kemudian ibu menulis sesuatu di sebelah muka surat pada kertas tersebut.

Jawapan dari Ibu :

Bayaran mengandungkan dirimu selama 9 bulan PERCUMA

Bayaran kerana berjaga malam menjaga dirimu PERCUMA

Bayaran air mata yang keluar kerana dirimu PERCUMA

Bayaran fikiran bercelaru kerana memikirkanmu PERCUMA

Bayaran kerana menyediakan keperluan harianmu PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasih IBU: PERCUMA

Anak bila membaca nota yang ibu berikan kepada anak tiba-tiba berlinang air mata tanpa disengajakan. Anak menatap dalam-dalam wajah ibu, kemudian terus memeluk dengan erat sekali dan berkata ”Saya sayangkan ibu sangat-sangat”. Kemudian anak menulis pada kertas yang sama seperti anak berikan kepada ibu tadi ”Upah telah pun dibayar tetapi masih lagi terhutang”.

Moral dari kisah di atas walau bagaimanapun usaha kita membantu dan menolong ibu, masih belum sama dengan kerja yang telah ibu lakukan untuk menjadikan kita sehingga kini (besar panjang dan tahu baik buruk dalam sesuatu tindakerja).