Semalam saya khabarkan pada husben agar dapat bergerak lebih awal. Kami perlu pergi ke sana. Macam saya katakan tadi, kami bergerak awal. Husben saya cuti. Saya plak tidak. So, nak tak nak kami perlu bergerak awal memandangkan saya bekerja. Lagipun tak best arr kalo masuk lewat ke pejabat dek hanya benda yang simple. Ok la. Berbalik dengan cerita saya tadi. Kami sampai awal.. jam 8.18am. Masa itu kaunter masih kosong lagi.. Seperti minggu lepas, kami melalui semakan yang pertama.OK. Lantaran itu pegawai tersebut memberi saya dan husben satu nombor. Terus saya menyapa." Puan, minggu lepas kami ada datang, dan pegawai bertugas mengingatkan kami agar mengambil 2 nombor kalo datang lagi". Saya cuba memaklumkan pada beliau.." Kak, takpe. Satu nombor pun takpe. Lagipun rumahnya satu ajer kan." Saya pandang husben dan kami pun senyum pada pegawai tersebut.. ( harap2 takde la masalah lagi.. Amin.. ) Kali ini husben mendongak sambil melirik pada nombor giliran yang dipegangnya.. Alamak! No. dah panggil.. tapi kat kakak itu la.. saya tengok no. giliran dan kami menuju pada kaunter tersebut. Dengan muka yang mencuka, pegawai tersebut mengambil borang2 kami.. trus dia menyapa. "Ni kena ambil 2 nombor giliran. Pergi ambil". ( dalam hati saya berkata~ aperla diorang ni.. ding dang ding dong la plak..) Trus husben berlari ke kauter nombor dan mendapatkan satu nombor lagi..
"Kan akak dah cakap, kena ammend surat bank ini.." Beliau mula bersuara tinggi. Trus saya menjawab.." Hari jumaat lalu, kakak kata kalo takde pada surat bank takper, beri SNP atau sijil nikah kan.. kenapa hari ni lain plak." Saya pandang trus pada husben. Saya risau kalo saya salah cakap.. husben plak tersenyum.. " Terus dia menyapa.. Oh! hari tu akak silap cakap.. ( boleh plak dia cakap silap.. takper2 la.. sabar ek.. ). Borang husben plak dihantar terus pada jiran yang kat sebelahnye.. dari jauh saya nampak.. mudah sekali.. saya perhatikan wajah husben dan pegawai tersebut.. tersenyum ajer.. bestnyer.. sempat lagi husben maklumkan yg pegawai tersebut tu adalah jiran setaman.. "Yah! Jiran kita arr.. jalan 2/2..". Tak sangka plak jiran kami.. walhal dah dekat 2 tahun tinggal kat perumahan tersebut...
Alhamdulilah, selesai jugak 'siksaan' tersebut. Bagi saya berhadapan dengan orang seperti itu amatlah perit. Kata dan suaranya agak kasar dari orang lain. Salahkan kami utk meminta wang kami sendiri. Peliknya saya. Layanannya agak kasar.. Kalo nak tegas pun, pandang2 arr. Ni main sedap mulut ajer.. dunia.. dunia..
Sebelum berlalu keluar, kami sempat menuju kaunter yang pernah kami kunjungi... tak sangka plak sepupu hubby kija kat situ.. sempat plak dia menyapa.. " lain kali kalo datang sini, trus ke sini ..dia memang macam tu.. ( what! dia memang macam tu.. Oh! rupa2nya orang itu memang dah sejak azali..) kat luar EPF, sambil ke keter, husben berkata." Abang fikir kita takde duit ajer.. kalo 10 org epf macam tu,jenuh la ." Saya hanya tersenyum. Kami meninggalkan EPF jam 8.50 pagi, singgah jap kat Mc Donald Bangi dan ke TMR&D Cyberjaya. Sampai kat opis~ saya trus turun dari kereta.. sambil melambai-lambai pada Aishah. ( aik ader Aishah..) Yup! Dia ikut kami ke KWSP, tapi dia tak banyak ragam. Lebih suka melihat keindahan alam tanpa berbicara. Sepanjang jalan pun anak kecil ini hanya bernasyid lagu2 nyanyia kump Tilmiz.. ikut ummi dia arr.. :) Sepanjang hari di opis, saya lalui dengan senang sekali. Menyiapkan tugasan 'report' dan menyiapkan analisis projek bagi group Dr Aziz dan Tg Imran.. ok ajer.. CFO plak sibuk dengan tugasannya. Petang plak ada meeting pelupusan aset. Kesempatan itu saya gunakan dengan mengemaskini semula 'schedule CFO" melaui microsoft outlook yg dilinkkan ditempat saya. En. Maran yang installkan. Sempat juga dia bertanya tentang kerja baru saya .' Dapat elaun ke? Saya hanya mengeleng.. Sambil2 tu saya merujuk pada Suriaty & Azmah yg merupakan secretary di bahagian research cara nak buat appoitment yang betul. Bagi saya tugasan ini taklah susah sangat, cuma saya tak biasa dengannya. Sebelum dan semasa ini pun saya masih lagi melaksanakan tugasan 'kira2' macam biasa.. "Alah bisa, tegal biasa".
p/s: Kalo saya jadi staff EPF, saya nak jadi yang terbaik..memberi khidmat yang terbaik..tanpa mengira latar belakang.. opps.. saya staff TM~ dan saya mampu memberi yang terbaik.. kenapa tidak anda? Sesungguhnya senyum itu sedekah!