Hari ni agak keletihan sesangat..banyak nak diceritakan tapi memandangkan 'terbusy jap' kat opis.. lantas ambil keputusan utk relax ajer buat masa terdekat ini. Minggu ini saya sibuk dgn 'reporting' and analysis.. dah hampir 10thn saya bergelumbang dengan alam kira2 ini..
Hari ni.. dok tekan2 balik kat blog kita.. dan cuba menukar 'template' yang lain plak.. tapi tampaknya hati lebih suka yang dolu tu.. ianya simple.. 'no flower' and 'color' yg meriah.. biarlah biasa2 ajer.. mcm tuan punyer blog ini..
Lewat malam kelmarin, En Azmi Karnain yg merupakan salah seorang researcher kat tempat saya jadi member facebook.. so dari profile dia.. saya dapatkan lagu kegemaran saya.. " Di Balik Cermin Mimpi'.. Sekitar tahun 1990-an, lagu ini dijadikan tema slot bagi Aziz Desa kat MHI.. " Cermin2kan diri anda ".. Tentunya kalo dengar lagu ini akan kata yg lagu ni biasa2 ajer.. tapi kalau dibaca liriknya ianya amat2 tersirat. ( sasterakah aku!)
Hari ini di pejabat baik sekali. Semua orang di divisyen saya agak'busy' dgn tugasan masing2.. takde gossip2 yg ntah aper.. cuma yang diwar-warkan sejak awal bulan ini adalah bonus.. pelbagai andaian dan teka-teki dari semua orang. Doakanlah yang terbaik agar semua akan dapat.. Amin!
Baiklah. Saya akhiri kalam ini disini sahaja. Jam dah pukul 1.30pagi, seharusnya tidur dan berehat . Tapi mengapa agaknya mata tak boleh nak lelap ni.
Oh! baru ada idea.. saya nak baca majalah bulanan 'Anis ' yang terbaru. Majalah ini lebih kepada ILMIAH dan ISLAMIC. Saya menjadi pelanggan majalah ini lebih 10thn yang lalu.. saya jatuh cinta dengan penulisan mereka. Terlalu banyak ilmu yang boleh kita pratikkan.. Saya juga meminati penulisan Pn Hajah Rohani Haji Sahir kerana beliau juga merupakan seorang penulis buku 'Cukup Wang Hati Senang'.
Semoga kita semua berada dalam limpah kasihNya.