~ Mak Abah datang ke rumah~
- Malam ini saya ketandusan idea untuk bertinta.
- Hari ini juga saya bercuti kerana menyambut kedatangan abah dan mak serta adik saya yang bongsu ke rumah kami disini. Mak bawakan lemang serta rendang daging yang menjadi kesukaan kami seisi keluarga. Emm.. amatlah sedap sekali.. dua kali.. dan banyak kali. Ianya tak sama dengan yang kita beli kan kat pasar malam.. air tangan mak memang tiada tandingnya.
- Kalau diikutkan program awalnya, petang tadi kami patut bergerak ke Port Dickson untuk bermalam disana sebelum ke Ayer Keroh utk menghadiri Konvokesyen adikku si Eni. Tapi terpaksa dibatalkan kerana kesibukan husben berjumpa dengan 'gurunya' kat UPM.Pelan kedua diambil~Kami sekeluarga akan bergerak pagi esok trus ke Ayer Keroh awal pagi esoklah.
- Ok, saya masuk tidur dahulu. Oklah, illal liqa'. Ma'as salamah...