Sunday, May 31, 2009

~ Pergi Hospital Serdang ~

Hari cuti kami biasanya dihabiskan dengan berehat sahaja dirumah..pagi ini kami berkobar-kobar untuk memasak.. hasben buat ikan bakar.. dan kita plak buat bubur jagung.. Alhamdulilah semuanyer berjalan seperti yang dirancang.. selain itu saya masak gulai lemak.. kira ok lah..
Epul & Lia bersama mertua beliau

Dan pagi ini saya dapat miss call dari Epul 3x, jam dihandphone tertera pukul 6.40pagi.. dan saya hanya terperasa pada pukul 12 tgh hari..terkezut dan terkedu seketika.. Epul memaklumkan yang Lia dah pun ditahan di wad Hospital Serdang kira2 jam 7pagi yang lalu.. beliau kesakitan kerna terjatuh masa di rumahnya kelmarin.. kandungannya yang memasuki ke 8 bulan.. syukur beliau selamat melahirkan seorang puteri..pada jam 1.10ptg dengan beratnya 2.40kg..

Saya dan hasben serta kak Wardiah antara orang terawal yang menziarahi beliau di hospital.. sengaja kami tak membawa anak2 untuk turut bersama ke sana.. rasenya terlalu sukar mengawal anak2 di tempat sebegitu.. kak Wardiah pung begitu.. kami bertiga bergelak panjang.. tak sangka plak, tahap baru dilalui oleh mereka berdua..kini adikku bergelar seorang ayah.. tergambar wajah ceria bercampur kerisauan..sebagai menantu yang sulung dalam keluarga.. cepat2 hasben memberi peransang akan adikku ini.. tampak beliau semacam ajer.. dan masa itulah hasben cuba membantunya... Saya dan kak Wardiah plak mengambil tugas di wad bersama LIa..

Kami tak berkesempatan melihat baby diorang.. kerna baby diletakkan berasingan dengan ibunya.. kata staff nurse, baby tersebut masih lagi belum di check kesihatannya oleh Doktor Pakar.., barangkali esok pagi la kot..

Oleh kerana family dari kampung belum sampai, kami berdua mengambil kesempatan utk membantu Lia di ward..kami hanya selesai dalam pkl 7.00ptag.. aku dan hasben siap hantar kak Wardiah ke kedainya.. dan dapatlah kami menjamu selera di kedai makannya~ V la...

Macam-macam cerita.. semuanya dilalui dengan lancar..Begitu takjubnya ciptaan Allah..semua yang dilalui, begitu teratur sekali.. Amin!

nota kaki..

Kak Wardiah nak masuk kija esok.. setelah dua bulan bercuti panjang..

Friday, May 29, 2009

~A night at the museum would be fun~

Hari ini rase hati mulai sedikit 'gumbira', antaranya oleh kerna hari ini adalah hari jumaat.. so esok cuti.. horey! yang keduanyer hasben dan berjanji nak bawa menonton wayang cerita One Night at Museum kat Alamanda, Putrajaya.. dahlama aku tak jejak kaki ke tempat sebegitu.. utk rekod, kali terakhir menonton wayang adalah kira2 3 tahun yang lalu masa tu cerita Baik puyer Cilok..lakonan Adlin Shauki. Mula meminati beliau masa citer "Soal Hati'.. aku tengok ngan Rona and Fuzah kat Jaya JUsco Bukit Raja.. kira2 10 tahun yang lalu..
Aku beria-ia nak nonton citer One Night at Museum-2.. sebabnyer dikhabarkan ceritanye yang klakor and relax.. lagi pun dua minggu yang lalu dah menonton sesson-1 kat TV3.. memang best sesangat.. masa tu ceritanyer lebih tertumpu pada orang2 di zaman awal batu, red indian dan koboi Amerika.. tapi kali kali ini lebih kepada sekumpulan manusia di zaman awal teknologi kapal terbang dan beberapa watak jahat seperti Napolean, Octavius dan Kahmurah..lakonan watak lama masih lagi dikekalkan..
Watak jahat tapi kelakar.. Hank Azaria yang menjadi Kahmurah..
Beban kat kepala ni kian reda la sikit namun aku harus berusaha lebih gigih lagi untuk perbaikki kelemahan yang ada dalam menjalankan kewajipan sebagai orang kire2..
Moga2 Allah mempermudahkan perjalanan hidup kita semua.. Amin!

Thursday, May 28, 2009

~Doa dari hati~

"Moga Allah memberi kita nikmat rezeki wang ringgit, dibebaskan hutang, merdeka dari riba', rezeki anak2 yang gagah dan cemerlang, rezeki ilmu, rezeki kemuliaan hati budi, mudah senyum, suka tolong orang, suka sedeqah walaupun tak de duit, rezeki fikiran yang baik, rezeki kesihatan, rezeki pergi Haji dan Umrah dan semua rezeki yang halal.
Ya Allah janganlah Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami pikul."

Wednesday, May 27, 2009

~ Aku yang ketidaktentuan~

Hari yang aku lalui pada hari ini amat2 mengecewakan. Pelbagai perasaan yang tersimpan sekian lama.. terperonyok..( bahasa aper la ni..), Seperti biase aku akan buat muka kering... but hari ini tak tertanggung lagi..

Orang melihat macam best kan.. tapi sape tau dalam hati.. Sabar pun ader hadnyer.. tapi aku bukan yang cepat melatah... STRESS sesangat..tak terbendung tapi dapat dikawal dari HATi.. then tetiba kluaq plak air mata..agaknyer kesan dari suara hati aku yang ntah aper2 ni.. Stress terjadi apabila tugasan yang kita lakukan melebihi kemampuan kita dan kita alpha tentang kewujudan kita sebagai khalifah di dunia yang sementara ini..

Takperlu diceritakan.. tapi aku sedang kebengangan yang amat sangat.. nak nengok orang pung dah takde nafsu..tengokklah sehari dua ni.. kalo ok.. ok lah.. Ni nak doakan utk diri ni.. MOga2 aku mampu menghadapi segala cubaan ini.. manusia kalo berkata memang tak ingat dunia.. seperti ana yang punyer.. angkuhnya!aku rase aku pung kena munasabah diri agar tak jadi manusia yang keterlaluan.. dan yang penting jaga hati kerana ianya peribadi diri.. selamat beramal...

'Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir'.(Surah al-Baqarah : 250)

Chau ching chau.. Nota kaki; tak faham resam dunia..

Tuesday, May 26, 2009

~ Relax jap~

  • Baru sahaja sampai dari opis..hari ni selesai satu cerita.. sengaja kita offline skype.. sebabnyer nak beri tumpuan pada kerja2 yang melambai-lambai kat opis.. maafkan aku teman.. sorry la Hanna, kak zue serta hasbenku..
  • Nama ajer berteman.. pergi dan balik pung same2.. yes.. I have a driver.. hihi.. but 1 thing about our relationship.. emm kekadang tak paham jugak.. aku yang lebih mementingkan kija dari dia..
  • Nyaris hasben tak ambe hati.. seawal perkenalan dan dari kami kami bergelar suami isteri.. terkadang tak terluah..bukan tak sayang.. cumanyer aku ni suka buat muka kering ajer.. petang semalam.. boss tegur akan keasyikan aku menelaah kija2 yang dah biase tuu.. 'hasben tak marah ker balik lewat?' terkezut aku.. lantas dengan senyuman aku nyatakan bahawa hasben ok.. cumanyer kenalah cover aper2 yang patut kalo nak bagi ok.. . segan plak bila boss tegur.. Seharusnya aku kena beri pada family kan.. tapi tuu la.. kerja opis ni kalo tak siap.. tak senang duduk dibuatnyer.. geng2 kat opis dah faham kalo aku moncong.. bermakna aku sedang dilanda masalah negara.. hihi..
  • Semalam dan hari ni aku balik lewat.. kira2 jam 7.30malam..semuanyer sebab 'Budget Review Meeting' banyak beno outstandingnyer.. minggu ni jugak dah start ngan kija2 nak closing account for month end.. sakit jugak kpala memikirkannya.. dan aper lagi aku telan ajer la panadol tuu.. legalah sikit..
  • Lupa plak nak citer.. tengahari tadi kami sekapal ( geng bas sekolah without kak zue ) p dengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dasuki berkenaan 'menjauhi perkara2 mungkar'kat bilik training.. kehadirang teman2 opis taklah ramai sangat kira2 50 oranglah walhal staff ader dekat2 400 orang.. tapi impak yang disampaikan oleh Ustaz tuu menyentuh perasaan aku yang ntah aper2 ni.. Insan yang kerdil dan pernah tewas akan kehidupan masa lalu.. bila beliau bercerita tentang Solat..dan pentingnya tentang niat sebenar kita di muka bumi ini..
  • Mungkin ramai diantara kita ( aku juga antara mereka.. ) sampai terleleh air liuh dok melihat akan kehebatan mereka yang berkereta besar.. berkedudukan dan sebagainya.. tapi kita seharus fikir-fikirkan akan kesederhanaan itu adalah lebih baik dari segala-galanya..aku jugak sempat beli CD yang dihebahkan olehnya akan doa2 agar dijauhi dari Sihir, gangguan serta Saka..elok didengar masa kat opis or rumah.. pantangnyer tak boleh dengar dalam keter ajer.. ( kak zue belilah! )
  • emm.. dah lewat malam ni.. masih lagi tak boleh tidur.. tapi harus mandi dolu.. satgi nak siapkan kija2 opis jap.. sikit aer lagi.. esok pagi ader lagi meeting tu..
  • Moga2 kita semua berada dalam limpahan kasihNya...Amin!
Nota kaki; Ustaz Dasuki ini adalah penceramah dari JAIS.. selalu keluar kat Radio Selangor ( radio tak glamor.. tapi aku suka) dalam slot suara mimbar jam 1.30ptg or 7.30ptg..

Monday, May 25, 2009

~ Soal Hati ~

gambar hasben..13 tahun yang lalu..
Salam buat diriku dan sesape yang menjengah blog kiter yang ntah aper2 ni.. Setelah lebih 5 hari tak mengemaskininya.. gerak hati seperti sesuatu yang tak kena ajer dalam diri.. gelisah dan terfikir.. Saya kesibukan dengan tugasan kija di opis.. seperti biase menjelang hujung bulan.. saya membusykan diri untuk membuat tugasan yang telah saya lalui 7 tahun lamenyer di R&D ni.. nak ter.. pun ader..tapi demi masa depan.. saya gagahi juga la.. barangkali orang seperti saya ditakdirkan utk berkira-kira..hihi.. cheyah kire2..
Nenek hasben yang kami panggil 'Mok' yang tinggal kat Selinsing, Pasir Putih Kelantan...
Teman sepejabat tak seunit...Kak Wardiah dan keluarga...
Dolu2 masa kat audit firm pung kire.. masuk Porla pun kire2.. construction kire2 & kija site.. then kat R&D.. lamenyer pun ku kira2..tentang kija saya tak kisah sangat tapi tentang masa depan.. menghitung juga.. sampai bila kat sini.. niat hati nak sambung jugak blajo.. tapi rasenyer mcm tak brape sesuai ajer.. Saya happy ngan kija kat sini.. buat kija sajer.. tanpa mengira cerita diluar sane.. tentunya banyak cerita kalo dihayati.. tapi bila memikirkan diri ini taklah sesempurna mana.. saya lebih setia mengira..tapi tuu la.. bila agak2nya gaji nak naik ni?? heran plak bila tak diberi peluang.. orang baru dari kiter pung dah naik.. aku? kalo dapat Alhamdulillah.. tapi tak dapat.. PKKK diisi setiap tahun.. JTOR pun dah braper kali diisi..sekarang ni kalo nak isi borang tuu.. kami hanya tukar tahun ajer.. MasyaAllah.. tak mampu aku dengar cerita mereka..
tukar shift.. adik iparku Azie and Wanie
moga2 ader sinar untuk aku dan sesaper yang tak naik2 ni.. Esok.. pegi kija.. moga2 semangat ini akan trus bertahan.. seperti bateri AAA.. tapi sampai bila tu..?? Nota kaki; Orang lain.. naik dan naik.. aku?

Thursday, May 21, 2009

~ Ayah & Ibu- Sudirman~

Lagu pagi ini..( sementara menunggu hasben bersiap.. lepak jap kat PC..

Wednesday, May 20, 2009

~ Jalinan Ukhwah ~

Syukur kehadrat Ilahi kerna dengan limpah kurniaNya jalinan ukhwah kami kembali bertaut.. Dari hari isnin saya menerima sms dari geng rumah masa kat Seksyen 7 dolu.. Rona. Beliau memaklumkan yang beliau sedang blajo Facebook..ibu muda ni sekarang ni duduk kat Kedah kerna mengikut hasbennyer yg posting ke sane.. sblm ini kat Kelantan.. bestnyer.. beliau menjadi suri rumah sepenuh masa.. kalolah saya dapat macam tu.. kan best..tapi apa kan daya.. skrg ni bukan masa yg sesuai.. Dari situ juga.. dapat dijejaki teman ku.. Hanna... Alamak! malu plak saya..saya yg menjadi ' low profile' semenjak bekerja kat TM dan berkahwin.. tiba2 dijejaki.. tapi itu citer lama.. skrg saya perlu straight forward.. Terima kasih kerna masih mengingati kita yg biase2 ni.. semoga ukhwah ini berkekalan..InsyaAllah.
Saya bersama Hanna dan Rona.. Fuzah dan Rona member rumah yang brutal..
Dan malam ini.. saya membelek-belek album lama.. Yes, I get this picture to share with you..gambo ni menunjukkan saya yang memakai seluar dan baju ala2 remaja.. suatu ketika itu sesudah bertukar kija dari Audit Firm.. saya menukar gaya pemakaian. Di Construction agak lasak berbanding di tempat lama.. kami bekerja dgn Orang Jepun .. so banyaklah jalan2 kat site.. name ajer kija account tapi cum ' Engineer' hehe.. tu pun nyaris tak pegi Sarawak.. yang mana ketika itu pihak syarikat kami dapat tender MLNG ( loji penapisan minyak kat Bintulu- Petronas) kalo kat sini lebih kepada kerja2 JKH ( under Telekom Bukit Mahkamah ).
Saya dan Hanna
Gambar ini di ambil sewaktu kami di KLCC, Pada mulanyer saya berat hati nak turut serta.. sebab cermin mata patah.. tapi biaselah pujukan si Hanna dan Rona ni mencairkan hati aku yg liat utk berjalan-jalan.. Saya dan Rona siap p tido kat rumah Hanna dan Family di USJ.. itulah panahan suara pujukan kawan kita ni.. Ok, jam dah pukul 1.00pagi.. nak beransur tidur..Semoga kita semua berada didalam rahmatNya.. Amin.
  • Nota kaki;
minggu depan ader meeting.. perlu siapkan report 43 projek.. tapi kita baru siap 13 projek.. sempat ker.. sakit kepala memikirkan 'date-line'..

Tuesday, May 19, 2009

~Pachelbel - Canon in D~

Dalam nak masak Nasi Lemak bagi sarapan untuk pagi satgi.. sempatlah kita 'menguploadkan' muzik dari piano ini. Sememangnya saya suka muzik.. tapi lebih kepada sentimental. takfaham pun takpe.. yg penting aluman muziknya yang sedang-sedang sahaja..

Ianya diterima dari adik Wan Noorashikeen kat facebook kelmarin.. sedap jugak..so layan la kejap..

Monday, May 18, 2009

~ Cerita yang takde tajuk~

Aku yang serius..boleh jadi cikgu tak?..

Hari ini agak kebingungan.. semalam lewat tidur.. gara2 sembang2 ngan adikku si Wanie.. mulanyer nak buat nasi lemak.. tapi bila tengok telur ayam tinggal 2 bijik.. tak jadi la.. almaklumlah ahli2 rumah agak gemor makan telur.. so utk elakkan tragedi yg ntah aper2.. saya tangguhkannya..
Dan hari ini..busy kat opis ngan kija..
Satgi nak pegi Carrefour nak beli aper2 yang patut.. banyak barang dapur dah mulai kering.. tapi kena balik cepat jugak.. ada appoitment ngan anak-anak.. nak mengajar mengaji, InsyaAllah.
Dah lama tak mengajor diorang.. masa zaman muda remaja, ramai anak murid.. lebih kurang 15 orang.. mampu plak saya mengajar mereka..saya mengajar mereka selepas waktu maghrib. Dolu2 kalo mengajar.. garang macamlah singa.. smua bebudak takut ngan kita..dah setting kat kpala mesti bebudak takkan datang esoknyer, serik kottt.. tapi tuu la.. esoknyer datang lagi..terharu plak melihat kesungguhan mereka.. masa itu zaman saya kat Kg Kubu Gajah.. siap mengajar anak2 masyarakat Kemboja lagi.. bukan kerana wang yang diberi tapi kerana minat dan pengisian masa .. kiranyer jadi guru jugak la tuu.. cumanya tak bertauliah..pelik plak bila dah berkeluarga, seolah-olah masa yang diberikan tak pernah cukup.. tapi rasenyer komitmen kat opis baru lebih tinggi dan cabarannyer agak besar..biaselah berhadapan dgn staff2 yg cerdik pandai ni.. so kena 'study'lebih sikit agar ada jawapan yang tepat.. yang penting jangan salah kira.. sebab diorang ni..lebih pakar dari kita yag biase2 ni..
Ok, masa rehat dah nak habis.. to be continue..chau ching chau..
p/s;
nak ucap Selamat Hari Guru buat semua pendidik..terutama pada geng masa kat Sek Keb Pengkalan Tentera Darat, Sg Besi.., kat Maahad Hamidiah Kajang.., kat Sek Men Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar.. serta kat KYPM / UiTM ( lecturer pun cikgu jugak kan..)..
I would like to wish a happy teachers day 2009. I pray to Allah that will protect all my teachers who have already made me to this stage. Thank you so much.
Ramai jugak geng2 kita yang jadi cikgu-cikgi ni.. mcm Sahida,Fazlina, Naim, Saipul,Roslinda, Aisyah dll~ dan coming soon... my cousin Miss Jun yg tengah menuntut ilmu kat Maktab di Besut.

Thursday, May 14, 2009

~ Al Fatihah buat Opahku ~

Gambar terakhir bersama Opah~ sewaktu selesai kenduri kahwin Epul & Lia akhir Disember 2008. Itu adalah pertemuan terakhir kami berdua.
  • Awal pagi semalam (7.30pagi), saya menerima SMS dari adik saya- Ipin yang menyatakan Opah masih tidak sedarkan diri setelah rebah ketika menutup pintu dirumahnya malam maghrib kelmarin. Dalam tempoh tersebut, beliau yang masih lagi pengsan telah juga diikhtiarkan pelbagai cara oleh emak agar bangun dari lenanya.
  • Hati mulai berdebar-debar dan selang 10 minitnya adikku Ipin call dan menyatakan Opahku telah pun sah meninggal dunia. Terus saya menyatakan pada hasben akan perihal tersebut dan bersiap untuk pulah ke Kuala Kangsar. Saya berkesempatan melihat dan mencium dahinya setelah dikafankan.
  • Semuanya ketentuan Allah. Beliau telah meninggalkan kami semua. Saya redha dengan ketentuan Ilahi. Payah juga untuk dihuraikan Opahku ini.. bagi saya, beliau merupakan tempat bermanja malah berkongsi kasih sayang bersama lebih 40 cucu mahupun cicit- cicitnya. Sudah tentu kami merindui senyuman dan gelak tawanya yang manis.
~Opah dan Pak San ~
  • Teringat pulak akan kisah lama sewaktu abahku menjadi seorang tentera. Apabila cuti sekolah bermula tentunya kami amat bergembira.. kerna kami akan pulang ke kampung.. Horey! Dapat jugak berjumpa Opah dan sepupu2 yang berada dikampung.. pada masa itu, sekita tahun 80-an.. dan kampung kami masih lagi tiada bekalan elektrik apalagi bekalan air yang tidak sempurna..
  • Atuk~ dolu2 mulanya menjadi AC ( lebih kurang polis) dan sewaktu bersara, kerajaan pada masa itu memberi tanah yang berekar-ekar padanya.. dan atuk telah cagarnya untuk membeli kereta sewa disamping memenuhi keperluan harian. Pada masa itu juga, mengupah orang utk melombong bijih timah secara tradisional. Jadilah seorang yang berharta pada masa itu... tapi sejak ketiadaan atuk ( meninggal dunia kerana serangan jantung ), opahku terpaksa melakukan seorang diri.. membesarkan anak2 seramai 7 orang.. hartanya itu mulai berkurangan dek kerana desakan hidup pada masa tersebut. Walaupun begitu, opah juga perlahan-lahan menjadi bidan kampung tapi taklah serius sebab anak2 yang kecil.
  • Berbalik dengan cerita dikampung..
  • Seawal jam 6.30pagi, saya dan sepupu( namanya Junaidah, saya panggil Juda.. tapi sekarang dah tukar nama la plak.. June) akan lebih awal bangun.. almaklumlah kami akan ke kebun mengikut Opah menoreh getah.. adik2 yg lain tak ikut serta.. biaselah budak laki.. liat sikit.. Opah menoreh getah untuk menampung persekolahan pakcik2 saya yang masih bersekolah. Beliau terpaksa begitu semenjak atuk saya tiada. ( tak sempat kenal sebab meninggal dunia sewaktu emak mengandungkan saya 5 bulan ). Waktu di hutan, kami diarahkan mencari kayu api utk bekalan dapur kayu Opah.. pada mulanya saya tak biase.. sebab geli akan keadaan sekeliling.. ( takut kalo ader ular, binatang buas macam harimau atau gajah.. mahupun babi hutan) tapi lame2 dah biase.. best jugak.. lepas tu kena kutip getah skrap untuk jualan .. tuhan ajer la yang tahu.. betapa busuknya benda tu..tapi ianya 'sweet memory with Opah'..selepas itu, kami akan mandi di telaga dibawah rimbunan. ( bau airnya semacam ajer.. tapi terasa sejuk dan segar bila mandi..)
  • Lagi satu disebabkan rumahnya tiada bekalan elektrik.. masa kami akan dihabiskan dengannya.. dibawah cahaya lampu pelita.Sambil itu Opah akan mulai bercerita perihal dirinya sewaktu berada di zaman Jepun dan komunis.. jerit peritnya hidup pada zaman begitu.. seawal umur 14thn beliau berkahwin dgn atukku yang merupakan duda tapi takde anak( perkahwinan sebelumnya tiada anak), ada jugak diselitkan cerita seram.. almaklumlah kampung saya ni agak pedalaman..so depan belakang masih lagi hijau dan menyeramkan... dan pada masa itulah kami akan mula merapatkan bantal sesama sendiri dek kerana ketakutan.. Pada masa kecil, saya antara cucu yang rapat dengannya... Namun setelah dewasa, saya mulai kurang bersamanya. Ini kerana cucu2 yang baru plak mengambil alih tempat kami.. sedikit cemburu, tapi perlu menrima hakikat yang mereka pun perlu jaga kasih sayang itu.. Dalam keheningan malam ini, saya masih teringat akan beliau.
~Opahku~
  • Doaku moga2 rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan bersama dengan orang -orang yang beriman- Al Fatihah buat Opahku yang bernama Fatimah Yahya..

Tuesday, May 12, 2009

~ Photofunia~

Awal pagi tadi.. masa sedang menunggu hasben bersarapan, sempatlah plak kita buka internet kat rumah.. so sempatlah dok belek2.. then dapatlah satu benda ni yg dipanggil 'photofunia', kalo official website is http://www.photofunia.com.. so sempatlah 'mengupload' gambo.. yg ntah aper2.. bagus juga benda ni.. OK dah larut malam ni.. HaRUS tidur la.. sebenarnya masih lagi tension ngan kija analysis projek yang tak siap2.. HArap sangat dapat settlekan esok.. then can deliver to Boss. Actually this report to all project Head and Program Leader.. Ya Allah Permudahkanlah kerjaku ini, Amin! g.o.o. d n. i. g. h. t !

Monday, May 11, 2009

~Kawallah Emosi~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  • Sebuah kisah untuk kita jadikan teladan..Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar As-Siddiq dimaki oleh seorang pemuda. Peristiwa itu disaksikan oleh Rasulullah S.A.W. yang kebetulan berada tidak jauh dari situ.
  • Saidina Abu Bakar mendiamkan diri walaupun dicerca dan dimaki dengan pelbagai kata-kata kesat, manakala Rasulullah S.A.W hanya tersenyum melihat perbuatan pemuda yang sedang marah itu. Lama kelamaan Saidina Abu Bakar tidak dapat bertahan lagi lalu membalas cercaan yang dilemparkan kepadanya.
  • Melihatkan kelakuan itu Saidina Abu Bakar itu, Rasulullah S.A.W segera berlalu dari situ.Saidina Abu Bakar yang menyedari Rasulullah S.A.W beredar segera berlari mendapatkan Baginda. Beliau bertanya kepada Rasulullah:
  • "Ya Rasulullah, ketika aku dimaki hamun tadi, kulihat kau hanya diam dan tersenyum. Sebaliknya sebaik sahaja aku membalas makian pemuda itu, kau segera berlalu pergi. Mengapa Ya Rasulullah?Rasulullah S.A.W pun menjawab pertanyaan Saidina Abu Bakar: "Wahai Abu Bakar, ketika kau mendiamkan diri sedangkan kau dimaki hamun dengan teruk oleh pemuda itu tadi, kulihat malaikat turun dari langit, berdiri di sisimu dan membalas cemuhan si pemuda itu. Tetapi sebaik sahaja kau membalas perbuatan pemuda itu, dua malaikat tersebut terus beredar dari sisimu dan tempat mereka segera pula digantikan oleh syaitan laknatullah!"
Wallahualam..
"Kawallah emosi kita terutama dalam mengawal sifat marah kerana marah itu adalah bisikan kejahatan yang dilakukan oleh syaitan bertujuan menyesatkan manusia."Renung-renungkan..... Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Sunday, May 10, 2009

~ Selamat Hari Ibu buat Ma & Mak ~

Disebabkan kesibukan kerja di pejabat, kemalasan kian ketara bila nak updated citer kat blog. Namun disebabkan teruja kita lantaran mendapat hadiah dari Kak Min iaitu sepasang pin tudng bewarna pin, so aderlah sedikit auranyer.. hihi.. anyway thanks a lot kak Min!( http://warisanayahbonda.blogspot.com/2009/05/berita-gembira-di-hari-ibu.html ) Sempena Hari Ibu, so kutatapkan gambar Ibundaku.. di Marang,Terengganu dan Di Kuala Kangsar Perak.

Kalo kat Terengganu, Hajah Wan Hasmah bin Wan Muhammad sementara di Perak Puan Jamaliah Saaidi. Sudah tentunya besar pengorbanan mereka berikan pada kami berdua~ iaitu saya dan Hasben. Tak terbalas jasa mereka berdua. Sesekali bila toleh ke belakang, terasa kerdilnya aku..mampukah kita menjadi wanita sehebat mereka? Payah juga untuk saya huraikan disini kerna tak ader ayat2 cinta yang boleh dibandingkan selain kasih sayang mereka..

Aku ~ antara manusia yang pernah tewas.. namun kerna kekuatan ibunda, aku bangkitkan semula.. sesekali terluka dengan cara mereka.. namun bila kupandang wajah ibuku.. lemah segala anggota badanku kembali bertenaga..

Ingat lagi takkala sedang dirawat di Hospital kira2 dua bulan yang lalu.. apabila ibunda datang.. kesihatan kian pulih.. rasenyer itulah tamparan hebat daripada insan yang bernama IBU..

Jauh dari hati kecilku~ kudoakan moga2 kalian diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rahmatNya..

Mak Mertuaku yang ku panggil ' Ma'

Lagu ini amat bermakna...

Thursday, May 7, 2009

Azam untuk bersukan...

Partner ngan Jack~ 2004 Itukah hasben sape tu?Melompat leb ih tinggi.. sayangnya tak berapa nak jadi.. kuikui..
Sedang mengendap bulu tangkis.. dah hilang la plak..
Suka benor main badminton..
Suatu ketika dulu..turut serta main futsal..
Tapi sekarang, hasben lebih selesa bermain bowling. Portnyer kat Indah Parade, Seri Petaling.
Hasben saya ni agak peramah ngan semua oran g..ni tak dapat dinafikan lagi, barangkali sebab dia bersukan.. so ramailah kawannya.. katanya semasa zaman sekolah, belajor dan kija.. bersukan adalah satu kewajipan.. suatu ketika dolu, beliau aktif dengan Bola Baling, Badminton, dan Bola Sepak. Tak dinafikan, beliau serta sedara marenyer handal bermain ping pong. Kalo tengok kat kampung pun, banyak hadiah yang berkaitan dengan sukan dimenangi oleh beliau dan ahli keluarganyer. Berbeza pula ngan saya yang biase2 ajer dengan sukan.. sebab itu saya cepat bulat jika dibandingkan masa mude belia..
Gambarku semasa permainan Tarik Tali sempena Hari Keluarga TMR&D Dah lama R&D tak buat Hari Keluarga macam ini...
Di bangunan opis lama kat UPM Serdang Sape ler yang ambil gambo ni..
Tapi dah nampak sekarang ni.. kami bertambah-tambah comel.. hasben yang dah mula stop ngan bersukan .. dan saya yang sememangnya selesa duduk di bangku mengadap kija kira2.. beliau hanya bermain bowling ajer, tak lagi ke gelanggang utk keluarkan peluh.. Sebenarnya kami berdua telah pun berazam nak 'jogging' macam kak Min dan suami.. niat dah ader.. cumanya.. tak tertunai lagi.. agak2 bila nak mula tuu? Ok, malam sudah larut.. seharusnya saya berhenti disini. Semoga kita semua berada di dalam limpah rahmatNya.. Amin!

Wednesday, May 6, 2009

Imiginasi diluahkan pada sehelai kertas

  • Gambar ini discan setelah Hafiz selesai melukisnya pada sehelai kertas putih. Bila ditanya akan maksud pada gambarnya.. beliau mengimpikan sebuah rumah yang besar, berdekatan dengan laut ( boleh menaiki bot ) dan sebuah roket ( nak jadi angkasawan la tu.. ), tapi kalau boleh nak jadi juga manusia yang boleh bertukar menjadi robot.. nak membantu orang susah.Tapi yang pelik tu, ada 2 matahari yang tersengih..( hasben dan hafiz suka melayan citer ultraman dan citer2 jepun yg seangkatan dengannya. Saya hanya tersenyum..
  • Rasanya beliau ni suka berimiginasi macam abahnye.. even skrgpun masih lagi mengumpul koleksi gumdamnya yang boleh berubah gaya.. Tinggi betul imiginasi anak terunaku ini. Agak-agaknya rumah lain pun ader roket...tu yang siap ader 'traffic light' depan rumah kami...
  • Sebenarnya, cita-citanya nak jadi seorang juruterbang.. barangkali sebab kami kerap kami ke airport dek kerana menghantar abah dan mak mertuaku yang pergi ke Mekah utk Haji dan Umrah serta maid yang datang dan pergi.. ( kami ajer yang tak naik2 )
  • Ok, layan ajer la.. doaku semoga anak2 ku menjadi anak yang soleh dan solehan. Amin..
p/s- petang tadi baru selesai proses penutupan akaun bulanan syarikat ( satu kelegaan..), esok HARUS selesaikan semakan TNT staff sebelum menyiapkan project reserach reporting plak.. sabarlah HATI..

Sekali tersilap

  • Sekali tersilap, bukan bermakna selama-lamanya sama,
  • Sekali tersilap, bukan noktah segala-galanya,
  • Biar sekali tersilap,
  • Mencelik mata, menyentak minda, menyentuh jiwa,
  • Agar tidak diulang perkara serupa,
  • Kerna diri hanyalah hamba,
  • Yang bisa dan biasa,
  • Tersilap tika melangkah menuju cita.
******************************************************************************************************************
Oleh kerana mulut itu satu.. oleh kerana hati juga satu.. maka kita mudah meluahkan kata2 dek kerana hati yang kecewa dengan aku, dia, mereka malah sesiapa sahaja.. patutkan aku bersuara.. pada kekecewaan, kegembiraan malah resah hidup? ataupun hanya diam seribu bahasa.. agar mereka tak kecewa, tak terasa atau terus menilai diri hanya kerana satu cerita.. Bahasa melambangkan sahsiah manusia yang berpaksikan tamadun semata-mata..
Aku serahkan padaMu moga2 dipermudahkan hidup dan diberikan ketenangan.. Amin!