Tuesday, March 31, 2009

Ukur baju di badan sendiri!

Berita ini menarik pilihan saya; Ketua Pegawai Eksektuif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hasan mengaku menerima arahan daripada Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik untuk mengiringi beliau melawat anaknya di Melbourne, Australia.

“Saya diarah untuk mengiringi Zaharah melawat anaknya yang belajar di Melbourne,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) dalam siri siasatan Balkis hari ketiga, di dewan Annex, Shah Alam.

Beliau memaklumkan tarikh pergi ke Melbourne pada 6 Februari 2007 dengan kos RM14,900 dan bukan lawatan rasmi tetapi menurut `arahan’ dengan menggunakan kos perbelanjaan rasmi. Siasatan Selcat terhadap Khairiyah yang masuk hari kedua banyak menggunakan alasan `Tidak boleh jawab dan ikut arahan’ menyebabkan beliau diarahkan oleh Pengerusi, Teng Chang Khim supaya hadir pada pagi Khamis untuk meneruskan siasatan. Teng dengan tegas mengingatkan beliau supaya memberi jawapan yang jujur kerana dibimbangi jika beliau meninggalkan PNSB tiada syarikat korporat yang mahu mengambilnya. Ini kerana kata Teng, Khairiyah tidak berani untuk memberi jawapan daripada sudut pandangannya.

Dalam siasatan itu Khairiyah turut mengakui membeli jam tangan bernilai RM159,000 kepada Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo yang juga Pengerusi PNSB. Menurut Khairiyah, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Pengurusan PNSB untuk menghargai jasa-jasa Khir Toyo dan jam itu diserahkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. “Apakah ini satu amalan PNSB memberi hadiah yang mahal kepada mantan Lembaga Pengarah sebelum Khir Toyo iaitu Dato’ Abu Hasan Omar dan Tan Seri Mohamad Taib,” soal Teng. Khairiyah menjawab; “Pengetahuan saya tidak ada.” Bagaimanapun, menurut Azmin jam tersebut telah dijual dengan harga dua kali ganda tanpa ada rekod di PNSB.

Sumber dari http://www.sabahdaily.com/2009/03/pnsb-taja-zaharah-untuk-tujuan-peribadi/

Bila mana bmembaca di internet, kpala saya dah tringat pada kisah lama.. waktu itu joins ngan Audit Firm kat Sahir & Co di Shah Alam. Kehidupan menjadi seorang Pembantu Audit/ Akaun sedikit banyak mengetahui ruang lingkuk kerja di bidang akaun, audit,tax dan pengurusan ( syarikat, Koperasi, Badan Kebajikan serta Kelab ). Bulan yang paling sibuk adalah Januari , April, Julai.. kerana masa ni akaun syarikat telah ditutup dan perlu di audit oleh Audit Firm yang bertauliah sebelum dihantar ke Jabatan Pendaftar Syarikat atau Jabatan Koperasi..utk tujuan Tax, macam sekarang ni lagilah sibuk sebab bulan ni Incometax dah mintak dokumen utk personal statement melalui EA Form.

Seingat saya,masa membantu senior utk settlekan Audit Kelab tersebut.. masa tu saya ditugaskan menyiapkan Audit dan 'working paper' di Kelab Shah Alam Selangor. Kami dimaklumkan bahawa pihak pengurusan di situ baru sahaja memecat beberapa staff yang tidak amanah dan menyeleweng..saya tak faham dgn mereka.. tapi terfikir juga saya kenapa ia boleh berlaku.. tentunya ada ruang dan peluang benda macam ni boleh berlaku. sama ada Tunai atau Cek harus disertakan dengan dokumen yang sempurna..Disitu kami berumahtangga hampir 2 minggu dan hari2 makan free ( hoyae!.. bukan istilah bodek tau.. ) Bagi saya, bilamana jika kita cuba menyempurnakan amanah dengan baik, kat mana2 kita pergi.. tentunya kita mampu menyelesaikannya.. keranah amanat tu tinggi nilainya.. pelik plak saya bila mana seorang CEO agak ragu2 dengan jawapan beliau sendiri.. mungkin dia tak mahir denagn selok belok akaun, tapi sekurang-kurangnya mampu juga menilai Nila wang yg dikeluarkan oleh syarikat.. dan yang paling penting Wang itu adalah Amanah. Jika kita nak pohon apa2 jawatan pun, tentunya kita akan bertanya pada diri sendiri .. Boleh atau Tidak ? Kalau tak boleh, say good bye ajer la!

p/s nayaris nama dia lain sikit dari kita, kalo tak buat malu ajer.. huhu!

Monday, March 30, 2009

4 perkara

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya: " Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.Maka.... 1. Akal boleh hilang disebabkan marah. 2. Agama boleh hilang disebabkan dengki. 3. Malu boleh hilang disebabkan tamak. 4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain. Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:- 1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya. 2. Para ahli waris akan menarik hartanya. 3. Ulat akan menarik tubuhnya. 4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya dihari kiamat iaitu AMALNYA. Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam: 1. Memberi maaf pada waktu marah. 2. Suka memberi pada waktu susah. 3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi. 4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya. Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu: 1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama) 2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah. 3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit. 4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati. Wallahualam sumber diambil dari http://www.isuhangat.blogspot.com/

Teman lama

Lewat malam kelmarin, seperti menjadi kemestian mentelaah dan meneroka dialam internet.. so sesajer la menaip apa2 yg terlintas kat kpala ni.. emm.. dapat jugak.. tapi lambat plak nak jumpa data yg saya cari.. biaselah dengan berkat kesabaran ( puji diri sendiri la.. ) sambil2 buat air Milo.. akhirnya berjaya.. Tak sangka plak.. dapat jugak saya mendapat yg dihajat.. kat atas ni gambar geng lama masa kat RPK dolu2.. adik Farizan Majid. Kalo ikut sumber yg diperolehi, beliau berada di UK masa tu.. bersama husbennyer( Dr.Nazimi ) and anaknya...husben dia ni seorang doktor perubatan. Kali terakhir saya jumpa~ tahun 1997, masa tu beliau baru sahaja berpindah ke Ipoh, Perak. Rumahnyer plak berdekatan dgn rumah bapa sedara saya.. masa tu beliau baru interview post pelatih jururawat di HUKM. Oh! Jauhnya adik kita merantau..ader sesuatu benda yg saya teringatkan sangat dengan dia ni.. masa kat sekolah dolu2, beliau kerap ke dorm saya semata-mata nak blajo maths.. kita ni takde la terrer sangat.. tapi boleh arr. Lagi satu dia ni suka berangan- angan.. bercita-cita tinggi. Acapkali dilanda kesedihan bila mana ada subjek yg tak menepati target.. biasela sekolah macam kami ni, bukanlah sekolah berasrama penuh , sekolah biase2 ajer.. tapi biaselah parents nampak kita duduk asrama.. semacam hebat sangat .Lagipun cita2 parents ni lebih tinggi dari kita..sekarang ni saya sedang menjejaki beliau melalui 'facebook'. Tak tau la cuba ajer la.. Bagi saya, jalinan ukhwah saya panjangkan walaupun dah pun berumahtangga, cuma taklah selincah dolu2.. memori lama akan dikenang walaupun secebis rasa..

Sunday, March 29, 2009

Enam pesanan khusus untuk wanita

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal(kan) solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.
Sewaktu melayari http://halaqah.net, kita rase terpanggil utk mengambil artikel di atas. Tak dapat nak saya huraikan kerana ia merupakan sebahagian dari kehidupan kami yang perlu saya renung-renungkan kembali.. ok jugak pesanan ini..

Saturday, March 28, 2009

Kesabaran diuji

Perjalanan hari ini.. sepatutnya pagi ini saya ke pejabat kerana ada tugasan yang belum diselesaikan. Namun disebabkan dah sepakat utk pergi ke 'sport days' hafiz.. so saya tangguhkan ke tengahari. Majlis tersebut di stadium terbuka UKM Bangi.
Dlm masa keasyikan utk menyiapkan diri dan keluarga utk ke sana, saya membuka beg sekolah Hafiz. Semalam, ada saya letakkan borang pengesahan kedatangan kami seisi keluarga utk ke sana beserta wang RM 20. Oleh kerana hari2 sebelum itu, kami dapati ada sedikit ' miss communication' antara kami dan cikgunya, kami ada pesan beberapa kali pada guru tersebut utk mengambil borang dan wang tersebut.. tapi pagi ni saya 'check again' then dapati ianya masih lagi berada di dlm beg tersebut.. lantas trus saya tunjukkan kpd hubby.. kami berdua mulai rase 'something wrong some where'.. kenape cikgi ni tak buka beg Hafiz.. rasenye dah britau.. lagi sekali hati kami berdua berdebar-debar lantaran anak jiran sebelah yang sekelas dgn Hafiz memakai pakaian sukan yang baru.. emm.. tak bleh jadi ni.. so hubby meminta supaya saya menghubungi gurunya tu..
Saya trus mendail.. Salam Cikgu.. knape wang dan borang tidak di ambil semalam? Saya ada maklumkan pada cikgu bertugas masa hantar Hafiz kat pagar semalam?.. lantas Pn Zahriah menjawab.. oh! hafiz tak bawa beg arr.. dia slalu tak bawa beg.. buku komunikasi pun tak bawa.. Jantung saya ni dah berdebar- debar.. geram pun ada.. ader ke dia kata Hafiz tak bawa beg..kami berdua yang hantar.. sah- sah dia tak tau aper yg staff dia buat.. so saya maklumkan yg saya ada inform kat budak tu ( dah geram ni.. ) tak kat tak nengok.. lagi satu yuran utk bulan pun dah saya bayar.. kat Tadika tu ada masalah ker? Sebenarnya kami dah takde hati nak datang, apa lagi bila nak duit cepat ajer hantar reminder walhal kat situ dah pun tertera yang kami bayar.. saya jawab selamba sebab hati dah mula kecewa.. saya tau yang Hafiz ni ada masalah komunikasi.. dia tak macam kanak2 lain yang petah bercakap.. masih lagi pelat..dan agak agresif.. tapi sebenarnya Hafiz ni agak seni orangnya.. cuba ajer diberi permainan Lego.. trus dia buat 'design' seperti robot, rumah dan binaan bangunan yg berwarna-warni..
Kawanku Si Fiza pernah cakap.. masa dia blajo kat UK, budak semacam Hafiz adalah kretif.. memang agak lambat utk blajo.. setiap budak ada kelebihannya.. asahkan sahaja minatnya. Hati ibubapa mana yang tak sedih.. jika terang2 dipinggirkan anaknya.. tapi kami di rumah sememangnya berusaha ke arah itu.. Kami harus bersabar melayan karenah Hafiz, tapi kami mulai sangsi dgn pendidikan yg ditawarkan di tadika tersebut.
Masa sukan tadi pun Hafiz dipinggirkan .. dari 8 acara hanya 2 sahaja acara yg Hafiz main.. tuu pun masa acara dah masuk ke 5, kami semacam tak sedap hati.. kerna Hafiz baru main 1 acara sedangkan teman2 yg lain dah pun 5 acara..kami balik awal.. hubby dan Hafiz semacam bosan dgn 'sport days' tu.. begitu juga dengan saya..pada mulanya saya pujuk Hubby, tapi dia dah moncong.. so rasenyer kena ikut ajer ( masa tak sesuai utk pujuk la.. )
Pelik betul dunia tadika ni.. adakah saya yg beria- ia sangat atau mungkin Hafiz dah dipinggirkan sejak setahun yang lalu.. tampaknya kena buat plan B.. agar Hafiz tidak seperti yang disangkakan..Nak jugak tanya kat Cikgu Fadlina ( kawannyaer hubby ).. aper petua utk anak saya ni..
Jam dah nak dekat 12 tgh malam.. seharusnya saya p beradu.. Seperti biasa sblm tidur.. kena pakai bedak sejuk cap Opahku.. sebab bintik2 dah naik..( tension la tuu..)
Maafkan saya jika ada penulisan saya mahupun kata2 yang saya lontarkan pada kalian menguris hati...Semoga Hati Kita Teguh Dgn RahmatNya, Amin!
p/s~Hari ni jugak hubby ader cuba mengeluarkan wang di CIMB Bangi ( berdepan dgn PKNS), ksian dia~ nak kluar RM 800 tapi yg kluar kat mesin tu hanya RM 250.. bengang betoi dia..duit itu adalah ansuran keter.. tapi dah call bank.. bank cakap within 14 days..lagi bertambah tak best hari ni.. itu jugak antara sebab saya tak bleh nak p kija..abish la kita.. kija makin belambak.. next week datelinenyer..

Friday, March 27, 2009

Biodata Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Biodata :- Date of Birth : 17 March 1957
Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin
Education :- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak
University :- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk,England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England. Professional
Career :- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant
Politics :- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)
Community Activity :- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak)

- NGO- Coordinator of BERSIH Perak- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak)-NGO

Language Proficiency :- Malay- English- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien) - Arabic

State Assembly - State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008 Award :- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”

Family :- Wife : Datin Seri Hajah Fatimah bt. Taat

- Children : 5 boys, 3 girls (Sumber diambil dari http://jie-mutiarahati.blogspot.com/2009/03/biodata-dato-seri-ir-haji-mohammad.html )

Saya ni bukanlah minat sangat dgn politik, tapi saya kagum dgn personaliti Dato' Seri Nizar yg merupakan mantan MB Perak.. bulan April ini plak akan ada pilihanraya disana..agak2 sape yg menang ek? hihi..

Wednesday, March 25, 2009

114 Surah dlm Alquran

Oklah, selalunya kita dok baca Asma Ul Husna.. memang ianya menjadi basahan bibir masa sekolah dolu2.. bila zaman blajor pun ianya satu kewajipan kalo nak mulakan sesuatu acara.. sampai ianya tebawa-bawa dlm tido..( skrg ni no projek la plak..) so as a leader I'm very proud..because I'm muslim.. but very dispoited sebab saya ni bukanlah sebaik mana pun.. namun saya akan cuba lagi..alangkah ruginya diri saya kerna tersalah langkah suatu ketika dahulu.. tapi saya tak mahu pandang ke belakang.. biarlah ianya berlalu.. masa zaman sekolah pun separuh jalan ajer sekolah agama.. then masuk plak sekolah yang biase2.. dan bila sambung blajo pun.. hanya menjadi yg biasa2 sahaja.. bila masuk zaman kija pun hanya menjadi org biase2 ajer..

Tapi bila dah berumahtangga dan masih berkerjaya~ saya menjadi sedikit insan yang luar biasa.. menguruskan keluarga dan kerjaya.. naik pening juga.. sebab kekadang yang didepan mata(a anak2) tak nampak.. hanya mengejar 'dateline' kija..anak2 pun sedikit terabai..tapi slalunya saya dan hubby menggantikannya dengan bercuti bersama-sama.. konsep balik kg dan berehat tak boleh lagi diguna pakai.. lantaran kesibukan kija.. rasenyer kena luangkan masa sedikit utk anak2.. tak dapat saya bayangkan kalo sesape yang takde anak2.. tentunya teratur hidupnya.. tapi mungkin sunyi sikit arr.. tapi mcm kita yang ada anak ni, riuh rendah dengan nada marah, suka, sedih, geram dan mcm2 lagi.. istilah ada duit tu.. dikongsi rama2..(walaupun sebenarnya tak cukup2.. bersyukurlah..)Doaku moga teman2ku juga akan perolehi zuriat yang soleh & solehah..Amin! ( teringat kat teman lama~ Latifah kerja kat TM Menara yang lebih 7thn tak dapat lagi cahayamata..tapi tetap ceria)

Kalo semalam, saya masukkan Selawat Syifa', tapi hari ni nasyid 114surah dlm Alquran.. saya ni kategori yang suka akan alunan muzik yang syahdu..( tapi bukan jiwang arr).. I'm sentimental person but still gila2..( bagi yang kenal arr ) korang dengar lah, moga2 ianya pun bleh jadi halwa telinga dikala kesuraman..Amin!

p/s ; Petang tadi dapat call dari Boss lama ( En Sabri).. sempat wish birthdaynyer yang ke 50thn.. kelihatan suaranya mcm ceria kat tempat baru.. hahaha ( cara beliau gelak)hati plak tersentuh bila dia tanya status saya di TH dan pemberian darinya ~ sehelai kain ela berwarna hijau ( dia tak tau ke yang kita suka warna biru..tapi mungkin hint2 utk ke TH walhal ianya masih samar lagi..)

Tuesday, March 24, 2009

Selawat Syifa & Badwi

Hari tu teringat- ingat ajer Selawat ni, tapi tak sempat nak cari kat internet, lantas dlm membaca citer2 semasa negara.. saya gagahi juga utk mencarinya, moga2 saya boleh cuba menghafal dan mengamalkannya..

Drama bersiri Buluh Betung di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang menarik perhatian saya terutama lagu tema yang digunakan oleh penerbit drama tersebut, Selawat Syifa'. Tapi citer tu dah pun tamat dan sekarang ni digantikan dengan citer Jula Juli Julu.. saya tak sempat megikuti mana2 episodnya memandangkan saya lebih suka menonton cerita yang bercorak hujah atau pun komentar.. barangkali sebab saya tak pandai berbicara apa lagi nak buka surat khabar pun jauh sekali.. denagn cara itu, tentunya saya dapat mendengar sendiri perkataan baru & baharu serta gaya bahasa yang sesuai..tapi nasyid tetap dihati kerna suatu ketika dahulu ianya pernah menjadi memori manis buat saya.. ~ so sweet.. manakan mungkin sejarah itu berulang..

Bukan lah suatu perkara yang pelik menjadikan selawat atau nasyid sebagai lagu tema sesuatu drama, tetapi penerimaan masyarakat pada masa kini dan juga kesannya kepada masyarakat penonton khususnya.

Oklah.. sampai disini sahaja.. terasa nak basuh kain jap.. malas arr layan citer TV hari ni, sebabnya kelihatan citer2 POLITIK yg ntak ape2.. sedang berlakon dikaca TV.. nak pancing undilah tuu..

Assalamualaikum...

Monday, March 23, 2009

Cerita tentang Hati..

Sedikit ketidakbest la .. Penutupan akaun bulanan akan bermula.. dah bertambahlah ketidakselesaan dlm mengejar 'dateline'.. last week dgn secara tak langsung pun kita dapat tau yg kita tak dapat kija itu.. hihi..rasenyer sebab sudah berkeluarga.. tak per arr..isu posting ke mana- mana dan gaji yg ditawarkan adalah lebih rendah dari sini.. CUBA LAGI.. barangkali jugak sebab bukan dari HATI yg minta kija itu.. hubby yg bersungguh-sungguh mengisi borang dan menghantar resume saya ke tempat tu.. dia yg isi borang dia yg fotostat dokumen dan serahkannya pung dia..TAU2 DAPAT CALL, untuk p interview..anda dipanggil interview bagi mengisi kekosongan Eksekuitf Akaun di TH..biase la.. bunyi macam dapat.., short list la.. berdebar-debar ajer. Cuma saya ajer yg pegi interview tu.. tak bleh nak tido dibuatnyer.. takpe2, cuba hingga jaya..itu bukan peluang terakhir utk cuba dan cuba lagi.. kali ini ada ura-ura yg unit kami akan ke Finance SSO KL betoi ke tidak tak tau la.. sejauh mana kebenarannya.. wait and see.. Mungkin saya and the geng akan berpecah.. mungkin jugak tidak.. sebenarnya isu ini dah lebih setahun.. kalo betul habis la.. terpaksalah bawak keter sendirian ke KL hari2.. tanpa drebar..tapi kalo tak betul.. kerja2 yang ada.. diambil oleh Finance SSO.. tapi masih lagi ader 'drebar'( keter kecik ajer.. kancil ) tapi ada baik dan tidaknyer.. hihi Nak sambung kerja la.. nanti kita sambung lagi ek.. Salam manis buat smua.. doaku moga2 hari ini lebih sempurna dari hari2 yg lalu..Amin!

Wednesday, March 18, 2009

Nilai Kasih Seorang Ibu..

Kisah ini saya rasa korang pernah dengar.. tapi saya rasa terpanggil utk diletakkan pada blog.

Teringat plak masa zaman tinggal kat Kem Sg Besi.. kalo nak beli barang di kedai runcit, biasenyer emak akan beri upah 10sen kalo tolong membelikan barang yg disenaraikan dikedai.. masa tu best sungguh.. duit syiling tu akan saya masukkan ke dalam tabung 'anak harimau'( rasenyer dolu2 Maybank ader kluarkan).. pada masa tu yg penting hanya wang ajer.. tapi bila dah sedikit dewasa barulah faham sikit2..betapa besarnya pengorbanan ibu buat anak2.. bagi kita yang masih ibu.. akan terkenang-kenang saat dekat ibu..

lewat maghrib tadi..5 miss call dari adik saya Nurizzati.. rupa2nya emakku ini rindu sangat kat kita.. barangkali dah lama kami tak balik ke kampung.. kesibukan hubby blajo dan saya yg terbusy sikit kat opis.. terasa berdosa plak kita. 2 minggu sudah emak ada menjenguk kita di HOspital An Nur tapi sekejap sangat.. saya hanya sempat brikan sapu tangan dan kelengkapan mandi.. yg sebenarnya pihak hospital yg brikan pada saya.. emak plak membawa kuih bahulu yg menjadi rebutan saya, Sofea dan Syuhada ( anak Aziah & Iwan).. tak sangka plak bebudak ni mcm kita yg suka kuih tradisional..

Oklah.. korang baca kisah ini ek..

Anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk memasak di dapur, tiba-tiba anak menghulurkan sekeping kertas kecil berwarna putih yang di dalamnya bertulis sesuatu. Ibu tadi pun segera mengesatkan tangan diaproon dan menyambut kertas yang dihulurkan oleh anak tersebut lalu membacanya dengan tenang.

Nota : Upah Yang Perlu Dibayar Oleh Ibu

Upah pergi ke kedai RM5.00

Upah menjaga adik RM5.00

Upah membuang sampah ke tong besar RM3.00

Upah mengemaskan bilik RM4.00

Upah menyiram bunga di sekitar rumah RM4.00

Upah menyapu sampah di kawasan rumah RM4.00

Jumlah Keseluruhan : RM25.00

Sesudah membaca ibu tersenyum memandangkan anak yang sedang menunggu jawapan dari ibunya dan pada mindanya berlegar-legar jawapan yang perlu dinyatakan serta ditulis pada kertas dengan jelas.

Kemudian ibu menulis sesuatu di sebelah muka surat pada kertas tersebut.

Jawapan dari Ibu :

Bayaran mengandungkan dirimu selama 9 bulan PERCUMA

Bayaran kerana berjaga malam menjaga dirimu PERCUMA

Bayaran air mata yang keluar kerana dirimu PERCUMA

Bayaran fikiran bercelaru kerana memikirkanmu PERCUMA

Bayaran kerana menyediakan keperluan harianmu PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasih IBU: PERCUMA

Anak bila membaca nota yang ibu berikan kepada anak tiba-tiba berlinang air mata tanpa disengajakan. Anak menatap dalam-dalam wajah ibu, kemudian terus memeluk dengan erat sekali dan berkata ”Saya sayangkan ibu sangat-sangat”. Kemudian anak menulis pada kertas yang sama seperti anak berikan kepada ibu tadi ”Upah telah pun dibayar tetapi masih lagi terhutang”.

Moral dari kisah di atas walau bagaimanapun usaha kita membantu dan menolong ibu, masih belum sama dengan kerja yang telah ibu lakukan untuk menjadikan kita sehingga kini (besar panjang dan tahu baik buruk dalam sesuatu tindakerja).

Tuesday, March 17, 2009

7 Ayat Cinta

Sabda Rasulullah S.a.w barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walausebanyak buih di lautan.. 1. Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 4. Insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 5. Lahaulawalaquataill ahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yangagak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6. Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7. Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malamsebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolongdikalangan orang yang terpilih oleh Allah. Actually, dapat email dari En Jalal yg dikirimkan pada smua geng finance.. so kita 'copy & paste' kat sini.. moga2 ianya dapat dimanfaatkan buat smua..maka, sudi2kanlah..

Monday, March 16, 2009

Surat oh Surat..

Selamat bersua kembali di alam maya.. siapa saya dan anda .. itu semua tidak penting.. cukup selesa jika ianya diluah, dicerita namun tidak suka mengata.. cukuplah menilai keupayaan sidia atau sesapa sahaja..
Apalah yang dilalutkan saya ni.. oklah back to our cerita..
Dolu2 saya amat suka bertinta.. menulis cerita saya, dia dan sesapa sahaja.. even kalo nampak kucing yang comel pung.. trus digarap dan dikarang dalam warkah yang panjang berjela.. kerana saya suka akan sastera.. walaupun sekolah taklah 'seterer' mana apa lagi jurusan saya yang penuh dgn kira2, namun ungkapan cerita dalam tinta.. menjanjikan satu kepuasan dalam berbicara..
barangkali pada zaman saya( awal 1990-an ) pada masa itu.. menggalakkan saya utk bertinta.. pada teman2 & kenalan.. mahupun saudara mara.. bila diingatkan kembali.. klakar palak.. sebab posmen akan singgah ke rumah.. walaupun hari tersebut tiada surat yang diterima.. sambil memaklumkan status surat2 yg dihantar...
Oleh kerana saya bukan datang dari keluarga yang berada.. bermula dari abah yang bersara dari seorang tentera..dan kami pulang ke desa.. pada masa itu warkah sering diterima dari teman2 lama dan dibalas oleh saya dengan lancar sekali.... di desa, rumah saya takde telefon rumah.. kalo tahap rindu gaban pun.. biasenyer saya dan sepupu suka bergayut kat telefon awam kat kampung.. tapi masyaAllah.. panjang jugak ahli2nya... oleh sebab itu.. sepupuku si Jun kerap berlawan mulut ngan mereka dok gara2 lama menunggu giliran kami.. sebab itu kami lebih suka bertinta..
Antara teman2 yang biasa menuliskan surat pada saya ialah Hasniza, KAk Seri, Naim, Saiful Bahrin ( GUru Bahasa Arab di Slim River), Oli, Sahida dan ramai lagi..
Setiap orang ini mempunyai gaya yang tersendiri.. itu yang saya lebih suka meniru cara dan gaya mereka menuliskan surat pada teman2 lain..
Hasniza Hasnan adalah sahabat saya sejak menuntut di dlm darjah 4 Sek, Keb Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi..kini beliau menjadi seorang guru di Johor..
tapi awas.. jika surat2 yang dilayang kepada saya.. akan melalui satu sesi tapisan dari emak.. itu yang saya khabarkan pada teman2 agar jangan cerita benda yg bleh meragukan.
Ianya juga menambahkan kenalan. Walaupun begitu, sejak saya meneruskan pengajian selepas SPM, warkah yang ditunggu-tunggu kian berkurangan.. kawan yg biasa menghantar surat pun kian jauh.. barangkali kesibukan dgn tugasan belajar.. menjauhkanlah lagi diri saya dan mereka.. barangkali jugak teknologi semasa yang makin canggih.. bermula dengan internet yang boleh berhubung antara sesama kita mahupun perkenalan telefon bimbit yang mendapat tempat dihati remaja masa itu..
Walaupun sedar lebih 15tahun, saya tinggalkan zaman remaja,diri akur dengan peredaran zaman yg kian mencabar.. namun senantiasa berharap agar silaturrahim ini akan berpanjangan.

Sunday, March 15, 2009

Taubat Seorang Hamba

Saturday, March 14, 2009

Sungai Klah Hot Springs Park in Sungkai, Perak

Malam sabtu dapat panggilan dari Din.. sahabat hubby kat opis, tempat kami bekerja. Beliau mengajak kami seisi keluarga untuk turut serta bersama ke Slim River.. tentunya saya rasa macam tak best sesangat.. memandangkan jalannya adalah melalui highway PLUS arah utara..( kat kpala dok setting.. nak balik kg ajer.. tapi tak dapat..) kali kedua hubby disapa oleh gengnya.. sblm ini geng bowling hubby pung dok ajak.. tapi disaat akhir2 tak jadi.. disabbkan saya masuk wad..so tertangguhlah cita2nya.. dan kali ini hubby disapa Din.. hubby minta pandangan saya.. tanpa berfikir panjang.. saya mengiyakannya..
Jadinya, sesudah subuh~ kami anak beranak bersiap sedia memulakan perjalanan.. saya siap masak nasi dan sedikit lauk pauk utk hidangan berkelah.. lagipun dah tengah bulan.. so kenalah berjimat cermat.. Perjalanan yang mengambil masa 1.5 jam dari Rawang ke Slim River.. dan setelah itu melalui kawasan Felda Sg Klah yang amat dalam..( kalo balik Kuale pun ok, hihi).. tapi tempat ni taklah menghampakan. Ianya sebuat tempat perkelahan yang amat sesuai sesangat.. penuh ngan ketenangan.. sesuai sangat kalo dijadikat tempat rehat seisi keluarga.. siap ader resort lagi.. tapi hubby dah pesan.. kami tak bleh tinggal sini.. sebabnya malam kang hubby ada bowling.. itu yg liat tuu.. tapi takpelah.. lain kali bleh pergi lagi..
Sebenarnya, kami pergi ni pung ngan geng2 dr Tabung Haji tempat wife Din kija.. kalo dihitung ada 6 keluarga semuanya.. so riuh rendahlah ngan suara kakak2 yang ramah tamah.. so takdelah segan sangat utk turut serta..pelbagai cerita yg dpt dikongsikan bersama..
Disitu, terdapat 2 jenis tempat.. tempat yg kami mandi tu adalah datang dari Air Gunung yang telah dikomersialkan .. satu tempat lagi adalah tadahan air panas dari kaki gunung jugak.. kalo sesapa yang ada masalah kulit, elok kiranya mencuba air panas ni..saya tiada gambar yg berkaitan. Tapi korang blehlah melayari internet dialamat http://www.plantationresorts.com.my/HotSprings/index_ap.shtml atau pun taip ajer hot spring slim river kat google ek..
Kami beredar jam 5.15pm, dan sampai ke rumah jam 6.45ptg..
Kalo ikutkan mlm ni semacam nak menonton citer Superman, tapi terpaksa akur ngan mata yg dah keletihan sesangat.Tak larat arr..
Tapi 'tabik spring' kat hubby yg bleh bersiap smula utk pergi main bowling kat Indah Parade..
Sungai Klah Hot Springs Park adalah keindahan tempat yg menjanjikan ketenangan.. nampaknya kena masuk kat diari tahunan keluarga kami..
Zoom Malaysia! semuanya ada disini..

Friday, March 13, 2009

Cerita utk 5 hari kerja

Dalam keheningan malam ini.. saya gagahi juga utk bertinta lagi.. tiada aper yang terluka cuma kesibukan masa yg diisi dgn menyiapkan tugasan pejabat yang tiada penghujungnya.. selagi terdaya.. akan saya selesaikannya.. mana tahu mungkin esok lusa panggilanNya.. sesungguhnya manusia hanya merancang, namun ketentuan adalah datang dariNya.. Sejak seminggu memulakan kerja, rasanya sudah mula selesa.. tidak lagi batuk dan keletihan.. bagus jugak ubat yang diberikan oleh Doktor tu.. tak sanggup lagi rasanya bila ditahan di wad.. cukuplah kali itu sahaja.. terasa jauh dgn keluarga bermakna semakin diri keseorangan.. dan semakin kehidupan kian sunyi.. Bermula dgn hari selasa ~ 10hb Mac 09, saya langkah ke pejabat.. bergaya sebagai pekerja..aper lagi.. siapkan 'report CWIP Feb 09' dgn pantasnya,. Ianya diikuti dgn menganalisis perbelajaan projek.. dan mengemaskini status projek dgn ketua2 projek yg 'bermasalah'.. Alhamdulilah siap jugak report tu.. Pada hari seterusnya~ lebih kepada semakan tuntutan perjalanan kakitangan..emm.. bleh tahan juga banyaknya..disamping menyiapkan Inbois yg diserahkan oleh Unit Marketing.. Dan pada hari Jumaat ( lunch time)~ mengikuti kelas Ibadah Solat Khas Untuk Wanita yang disampaikan oleh Ustazah Tahirah.. Sepanjang minggu lepas, kerja, kerja dan kerja.. tak terlibat pun dengan dunia luar.. nyaris hubby faham..hihi..

Monday, March 9, 2009

"Pagi ni kita ada dapat satu artikel ILMU yg menarik, yg boleh direnung2kan bersama.. tampaknyer kena check and balance ngan aper2 yg kita ader dan takde ni.. aderkalanya terlepas pandang dek kerana busy ngan kerja dunia.."~ cyah ______________________________________________________ Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."-Hadis riwayat Baihaqi. Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." -Riwayat Al Bazzar. Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah. Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.- Riwayat Bukhari dan Muslim. Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.-Riwayat Bukhari dan Muslim. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah- Riwayat Bukhari dan Muslim. Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban) Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari. Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah. (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i). Orang mukmim yang sempurna imamnya adalah yang terbaik budi pekertinya dan lemah lembut kepada keluarganya dan sebaik baik kawan, ialah yang baik kepada isterinya -Riwayat Al-Termizi Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.(HR. Muslim) Rasulullah SAW bersabda: “Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”(HR. Bukhari Muslim) Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannnya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannnya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaaan, maka tidak boleh dia menolaknya."(HR. Thabrani) Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika si suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.”-Hadis Riwayat Maisyarah Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya.” -Hadis Riwayat Ibn Ady dan As-Syakir Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: jika isteri berkata kepada suaminya: talaklah aku/ ceraikan aku! Maka nanti di hari kiamat ia tidak berdaging, lidahnya keluar melalui tengkuknya dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam walaupun ia puasa disiang hari dan solat malam." (Hadis dari Abu Bakar Shiddiq) Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" -Hadis Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim) Rasulullah SAW bersabda: “Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: “Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa? Rasulullah SAW menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.”(Hadis dari Ibn Abbas) Rasulullah SAW bersabda: “ Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara suaminya, maka dia akan mendapat laknat dari segala sesuatu yang disinari matahari.”(Hadis dari Umar bin Khattab) Rasulullah SAW bersabda: “Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah yang penuh dengan penyakit kubis.”(HR. Muslim) Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.”(HR. Ibn Hibban) Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”(HR. Ibn Hibban) Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.- Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.-Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Sunday, March 8, 2009

Hari ke 5~ hatiku gumbira...

Alhamdulilah, syukur saya panjatkan kehadrat ilahi .. Semalam tak bleh nak tido.. dok terbayang-bayangkan wajah anak2 kat umah.. dah 5hari kat sini..dan berharap sangat2 dapat kluar dari kepompong org sakit..Seperti semalam, telah saya britau yg pkl 2 & 6pagi akan diganggu ngan sedutan gas tu.. takbleh nak imagine nasib esok.. Pagi ni, seawal pkl 6.10 pagi, diikuti ambilan darah utk check either ok or no... then tak sangka dia ambil sblah kanan, kata nurse urat tangan tak nampak..( dalam hati saya kata sebab lemak kat tangan dah banyak, tu yg jadi mcm tu.. hihi)so, dia urut2lah tangan saya..OK, dapat jugak.. sambil menggigit selimut dan paling muka ke arah lain.. dengan redha saya serahkannya.. emm.. sakit yg amat sangat.. Pagi ni sesudah menunaikan apa yg patut, trus saya sarungkan baju kurung merah yg diberi oleh hubby semalam.. dan siap pakai tudung.. skali lagi saya berharap moga2 hari ni ''kebebasan' buat saya.. Dlm pkl 8.00 pagi, Dr Norshinah menjenguk saya kat bilik.. then buat pemeriksaan spt biase.. katanya OK, diulangi OK.. dah kurang la sikit.. dia membenarkan saya balik.. siap bagi MC sampai jumaat ni.. ( dalam hati.. nak pegi kija esok la.. say No for MC.. hihi ) emm nak siap2 ni.. satgi trus balik, dah call hubby.. tak perlu datang biar kita balik sendiri.. lagipun keter kancil ader kat bawah tu.. rugi minyak ajer bawa keter lain plak.. sekg ni kena jimat cermat.. Kesempatan ini saya kalungkan perhargaan syukran for all staff kat Hospital Pakar An NUr.. memang first class, terasa dihargai sesangat.. dari kita masuk, semasa dan nak kluar.. semoga ianya dijadikan rujukan buat kengkawan yg ada kat luar tuu.. Jazakalahu khairan

Saturday, March 7, 2009

Hari ke 4 di Annur~ 7hb March 2009

Malam tadi tak dapat tidur lena.. gangguan batuk yg berterusan menyebabkan saya diberi ubat asthma dan ubat kahak, ditambahkan lagi dgn gas selama lebih kurang 20 minit.. rase mcm pendek ajer udara pada badan.. hakikat yg payah diterima. Kalo kat rumah, hubby biase jadi mangsa utk membantu mengurut pada belakang badan dgn minyak panas afiat, legalah sikit. Tapi disini lebih kepada ubat-ubatan yg bersesuaian ngan penyakit ~ maka berderet-deretlah ubatnyer.. Dalam 4jam sekali saya akan diberikan gas, ubat-ubat plak 8jam sekali.. Pagi ni, agak lewat bangun..sesudah mandi, solat & bersarapan, kira2 jam 9pagi seorg doktor yg dikenali sebagai Prof Dr Latiff.. masuk ke bilik utk melihat perkembanagan kesihatan dan member satu ujian fizikal dimana saya dikehendaki menuip sekuat-kuat hati ke dalam alat tersebut, seandainya nafas yg dikeluarkan mencapai syarat yg dikeluarkan saya dibenarkan balik.. (dalam hati ni memang meronta-ronta nak balik.. kalo kat rumah macam2 boleh buat.. buat blog pun tak sempat.. hihi)saya cuba sedaya upaya , tapi masih ditahap 200mm sahaja. Saya perlu mencapai 400mm. Doktor dengan tenang memaklumkan yg saya masih lagi tidak dibenarkan utk pulang.. kecewa hati saya mendengarnya..Dr suruh nurse buatkan treatment gas lagi.. Jam 9.40pagi~ Hubby ngan anak2 datang menziarahiku.. dan kembali ceria.. berkali-kali anak2 minta saya pulang. Saya maklumkan pada anak2 yg doktor tak beri.” Ummi tak sihat lagi, esok ummi balik ek.. nanti kita p jalan2 ngan abah ek!” Saya cuba mengembirakan mereka. Diorg hanya senym ajer.. Aktiviti mereka kali ini main panjat katil dan masuk almari. Hubby plak kusyuk menonton citer kartun…Diorang pulang kira2 1 jam selepas itu… anakku si Aishah sempat menciumku utk beberapa kali.. ksian anak kecil ini.. Hubby plak ader inform kalo bibik balik Indonesia Ogos ni, nak sekolahkan Aishah di Little Caliph lebih awal. Biar dia cepat berdikari dan memahirkan diri dalam pembelajaran.. saya hanya tersenyum.. Duduk sorang2, kali ini saya mencari gambar ngan teman2 lama opis.. dgn kakak2 otai kat RND, gambo dolu2.. yes ! dapat jugak cari…

(Dari kiri:- Puan Rohayah, Azlida, Kak Adah, Kak Min & me~ Cyah)

Gambar ini diambil hujung bulan April 2004. Adik Azlida ni resign dr TMR&D dan menyertai RISDA di Grik, Perak tempat kelahirannya. Beliau joins TMR&D Cuma 3bulan sahaja.. Kak Adah plak ambil VSS dlm awal tahun 2006. Sementara yang lain masih lagi bekerja disini..

Jam 1.30ptg~Diziarahi oleh Kak Wardiah &Abg Tohir dan anak2 serta Lia (adik iparku yg berkahwin ngan Epul, Nov08 yang lalu..

Jam 2.00ptg~Jururawat datang utk beri ubat dan gas..Terlena jap dek kerana makan ubat.. Pukul 4.oo ptg~ Aida datang, yang kebetulan ambil ubat asthma kat Klinik. Pukul 5.00 ptg~ Buat Physiotherapy ngan En Safwan ditingkat 2

Pukul 6.ooptg~ ambil gas lagi.. Pukul 7.ooptg~ physiotherapy Pukul 9.00 mlm~ pegi restoran Kelisa beli Mee kantonis dan menyapa pelayan disitu, minta izin nak share wireless.. OK dapat, lantas buka laptob hubby utk post data yg telah didraft sblm ini.. Berjaya jugak!

Tepat 10.00mlm~ nurse masuk berikan ubat2 dan minta saya ambil gas lagi.. katanya kali ini doktor suruh 4jam sekali, bermakna jam 2.oo pagi dan 6.oo pagi~ gue akan digangguishh..Sekarang dah pukul 11 malam, nak cuba berehat setelah makan ubat.. tanganku masih menggigil, kesan ubat asthma yg begitu kuat..

Daku moga2 esok siiiiiiiiiiiiiiihat, amin.. tak sabar nak balik rumah..kalo ok nak jenguk opis skali, tentu banyak kija yg tertangguh.. Doakan utk gue ek.. ikhlas tapi jauh!

Hari ke~3 di Annur ~ 6hb March 2009

Syukur dengan kehadrat ilahi.. diberikan kekuatan pada diri utk menempuhnya..

Seawal 4pagi telah dikejutkan oleh Nurse utk check-up tekanan darah dan suhu badan.. dan dikuti plak ngan injection antibiotic.. naik seram bulu roma bila tengok jarum tu.. seperti biasa saya akan mengalihkan mata ke tempat lain.. takut sungguh dgn injection ni.. dolu2 takde la takut sangat.. NAmun sejak menghadapi pembedahan lebih 20 tahun yg lalu.. diri jadi kaget..

Oh ya.. mata sebelah kiri saya pernah dibedah lebih 20 tahun yang lalu. Masa tu ketika berumur darjah 3. Semuanya gara2 permainan 'kayu tiga' or kalo org belah selatan panggil koda kondi.. saya memang suka main dgn geng masa tu.. saya ni sejak kecil kurang kawan pompuan.. even adik yang 2~ 4… pun laki..( selepas tu baru ader pompuan) , istilah main masak2 pun takde.. gemo panjat pokok, main basikal BMX ( hadiah dari abah sebab tamat Alquran), main slipar tiga ngan rounders. Semuanyer lelaki.. kecuali saya.. berbalik pada citer tadi.. pada masa tu.. dah nak maghrib.. saya dan geng tak balik rumah lagi.. biaselah tinggal kat kuarters tentera.. rumah dekat jer.. saya tak main plak main tu.. Cuma jadi penonton ajer melihat geng lain tengah main..dan masa tu tak semena-mena kayu itu singgah kat mata kiri.. terkena la sikit.. saya kira hanya habuk.. trus pulang dan cuba basuh2 ngan air beberapa kali, tapi malangnya lagi pedih plak mata.. kebetulan abah pulang dari main Badminton .. saya cuba adu padanya.. minta belas kasihan.. tapi barangkali abah tengah keletihan .. error time la plak.. abah trus marah dan mnyalahkan saya… Pada masa tu.. hanya Allah saje tahu.. kecilnya hatiku bilamana seorg abah secara terus terang tak mahu menghantarku ke klinik.. trus saya masuk ke bilik.. dan menangis.. ( sakit sikit ajer tapi geram sangat ngan abah). Beberapa minit selepas itu, abah masuk kebilik dan minta saya bersiap dan trus menuju ke RESAT MTD( lebih kurang klinik arr, tapi khas utk ahli tentera sahaja~ saying jugak abah kat kita, ya hoo..) Doktor buat pemeriksaan dan memaklumkan pada kami utk trus ke Hospital Besar Kuala Lumpur menaiki ambulans tentera.. ( mata tak darah, tapi anak mata luka sikit ajer.. bukan macam citer kassim selamat tau) Udah la saya tak makan lagi.. perut keroncong.. sampai disana dan diperiksa sekali lagi.. dan saya perlu berpuasa agar masa operation berjalan lancar.. 2 kali saya mata saya dibedah ~ tahun 1987 dan 1990. Masa dihospital jugak lebih 10kali diinjection.. bukan ditangan tapi di mata… hanya kerna nak buang darah kotor, kata doktor yg merawatku ada jangkitan kuman dan risau ia bleh buta so perlu dibuang darah yg kotor tu dengan cara injection pada bawah anak mata..berdenyut-denyut mata bila sudah dicucuk.. mcm nak terkluar pun ader satu pengalaman yg sukar dilupakan sampai skrg.. Lupa plak, budak yg terbuat tu ialah Khairul Anuar Baharum.. kalo tak silap, sekarang ni dia menjadi pemain bola sepak tempatan.. saya tak salahkan dia.. tapi dah Qada' & Qadar dari Alllah..

Berbalik citer semasa, pagi ni saya hanya ditemani bekalan ubat-ubatan yg ntah aper2.. rase nak buang ajer.. tapi tak berani.. takut lagi lama tinggal kat sini.. termenung ajer la.. dan menjelang tengah hari saya menelefon Aida teman opis.. Tanya khabar opis dan kengkawan..saya maklumkan padanya yg saya warded, dah masuk hari ke-3. Selepas itu, saya cuba hubungi Ronaziah, yg saya panggil Rona. Beliau adalah kenalan rapatku di Shah Alam.. tak dapat dihubungi.. dan disebabkan kebuntuan terus saya lelapkan mata.. amat kesunyian.. biasenye waktu2 begini sedang sibuk ngan kija opis .. tapi aper nak buat..

Petang jam 5ptg.. nurse masuk dan maklumkan seorg doktor akan masuk..saya mengiakannya.. Dr Jeffrey memperkenalkan diri lalu menjalankan aktiviti rutinnya.. dan dia memaklumkan badansaya masih lemah.. dan perlu ditahan lagi utk pemerikaan lanjutan. Saya tersenyum.. tapi dlm hati masih giram.. bila nak sihat ni.. kang aku larikan.. ish saya istighfar semula.. selepas itu En Safwan datang dan meminta agar saya bersedia buat aktiviti yg diajar sebelum ini.. saya cuba melakukannya dan pada ,masa tu kahak dikeluarkan.. dan saya lihat bewarna kuning kehijauan. En. Safwan memaklumkan yg ianya disebabkan lendiran putih kahak yang lama dan terperap pada paru2 dan ianya berubah warna.Sekiranya ianya tidak dikeluarkan , akan menyebabkan jangkitan kuman yg bleh menjadi pau2 berair.. Alhamdulilah ianya beransur baik.. waktu nak kluar bilik En Safwan, terserempak ngan En Shafiee dr unit cikgu ( Mohamad Draman) katanya anaknya demam > drpd seminggu.. so kena dapat tahan..

Waktu masuk warded, sempatku sapa nurse agar dapat ditukarkan ke ward lain, kerana ward ini harganya RM190 semalam, walhal limit kami hanya RM 150 semalam. Dan 3 hari saya tinggal kat sini. Pada hari rabu, semua ward penuh kecuali bilik ini yg harganya RM190 semalam, jadi terpaksalah saya masuk ke bilik ini. Alhamudilah, nurse memaklumkan ada bilik yg kosong. Katanya ramai patient kluar hari ni.. so rezekilah..Jam 9.30 mlm, sekumpulan adik2 saya ( iwan aizie & anak2, ipin, wani, pendi and eny) serta mak datang menziarahi saya. Riuh rendahlah bilik saya pada malam ni....terasa macam org sihat plak..

KIni jam 12 tgh malam, dan mata saya mula ngantuk..terasa jauh dari mata suami dan anak2.. rindu bangat ngan diorg.. Moga2 keluargaku,ibubapa, teman2 & semua muslimin muslimat dilimpahi rahmat dariNya. Sayang sokmo!

Salam dari hati ..

Rutin di Hospital An Nur ~ 5hb March 2009

Hari ni adalah hari kedua saya di hospital. Pagi tadi dah pun sms kat Pn Roslaili yg saya MC dua hari.. Khamis & jumaat.sebab masih dalam perhatian Doktor.. saya tak inform yang saya kena warded.. tak nak dia and geng risau.. cukuplah family kiter ajer.. segan plak.. geng finance memang ambil berat.. tapi saya tak sampai hati nak inform sebab minggu ni busy.. Boss baru~ our CFO dijangkakan masuk on April but dah mula take over all the work.. dari jauh la.. Pn Roslaili pung mcm tu.. kena buat report, eva sibuk ngan PPEC coming soon.. I think next week. How can do the CWIP report.. because no network at Annur.. I means.. internet..geng lain pung sama.. sibuk ngan stocktake asset.. dan proses pembayaran pada vendor..

istilah 'curi tulang' tu.. takde pada kami smua.. kija ala2 cina style.. so far its good..tapi masa saya joins kat PORLA.. biase la .. org 'goment'.. kija nyer banyak.. saya rase banyak relax dari buat kija.. tapi disebabkan saya and the geng datang dari Audit firm.. so kami tak lah tiru cara mereka.. Cuma kalo nak dapat data.. its take very long time… sabor ajer la.. tapi mereka smua friendly.. Otai.. masa tu zaman Anwar .. reformasi.. dapat email , diorg siap print utk kami.. the bila ketua Pengarah tau.. arahan dikeluarkan agar semua staff lebih serius utk bekerja.. yea ker. SAya rase diorang tak galakkan kakitangan awam utk mengambil tahu akan politik semasa..kalo pun berminat.. hanya utk BN.. ( tak adil tu, sepatutnya ianya lebih bersikap terbuka.. dan yg pasti UNDI itu rahsia..) yea dok!

Disebabkan saya tak bleh tidur lena, terpaksalah buka laptop sepanjang malam sambil mendengar ayat2 Alquran.. TV saya buka tapi 'dimute'kan.. takde la takut.. Cuma tak biase.. semalam, masa lalu di lif, terserempak En Romli.. boss kat Photonic ( Basic Research ).. barangkali ahli keluarganya pun warded.. saya tak tegurnya memandangkan saya sedang menunggu Nurse dan dia tergesa-gesa menaiki lif..

Seawal jam 5.30am, Jururawat datang dan memberi ubat dan injection antibiotic,.. saya dah tak bleh nak tidur.. bangun, mandi dan solat.. call hubby, utk bangunkan dia dari tidur..rupanya dia tidur lewat.. siapkan assignment sekolahnyer..

Walaupun duduk kat hospital, saya pun bawa bekalan 'kija opis' yg tak settle lagi.. dengan harapan.. moga2 ianya dapat diselesaikan walaupun sedikit.. kan 'masa itu emas'.TNT staff dan Report CWIP.. harap2 blehlah hendaknya..

Jam 10.30 pagi, Dr Norshinah masuk utk buat pemeriksaan lanjutan.. katanya darah saya ada jangkitan kuman.. dan ada sedikit radang pada paru2.. dan dia minta agar saya mengikuti arahannya dari masa ke semasa.. cuba praktikkan ajaran En Safwan… OK, insyaAllah. Dan selepas tu.. terlelap.. barangkali ubat yg diberi itu melalikan..

Ptg~ 4ptg, hubby datang sambil bawa apam balik & perfume trisor~Lancome..( gue pesan smlm~ agak tidak selesa ngan bau ubat ), baru selesai kelas.. dan trus datang menjenguk..bila saya citer kat dia.. muka die kering ajer.. tak risau pun.. sayang kita tak ni? Cuma Tanya bila bleh balik.. ish aper la hubby gue ni.. muka rock ajer.. nyaris la hati dah redha.. taknak ambil hati.. biarlah..

Jam pkl 6.30ptg~En. Safwan datang lagi.. katanya nak buat physioteraphy lagi.. En Safwan sapa hubby.. hubby taknak turut serta. Katanya dia nak balik awal , nak belikan barang basah utk rumah..ada assignment yg perlu dibuat.. sekali lagi saya redha.. think positive ajer la.. lagi pun hubby banyak kija sekolah.. so kenalah blajo memahami.. Proses physiotherapy dlm 1 jam..

Lepas maghrib, dlm pkl 8mlm,saya didatangi oleh Dr Norshinah.Pemeriksaan yg dibuat menunjukkan ada pengurangan bunyi pada sebahagian paru2. Alhamdulilah.. moga2 saya beransur baik dan dapat pulang ke rumah..

Dan yang terkini, Emak saya sedang dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke sini menaiki Bas jam 9mlm..bersama Wani. Kata Wani, mak risau sangat siap bergadun ngan abah.. ish.. kes bahaya ni.. tak pasai2, smua org tau.. moga2 Allah permudahkan perjalanan hidup kami.

Ok, setakat ini sahaja. Nak siapkan sedikit kija opis. By the way, moga2 kita semua dalam kerahmatanNya.~ InsyaAllah.

 

 

 

Ujian Allah..~ 4hb March 2009

Hari ni seperti hari2 yg saya lalui.. tetap teguhkan diri utk menempuh dugaan & cabaran hidup ini. Kat opis saya satu ILMU dapat dipelari.. tengok data projek melalui kod Eva teman sepejabat.. ok jugak lagi mudah.. percepatkan masa.. naper la setahun dolu saya tak dapat cara begini.. takde la makan 2-3 hari utk updated data dari SAP to excel..setelah itu data tersebut dapat dicetak dan disimpan dalam file yg berkaitan. Selepas ni nak buat report projek…thanks Eva.

3.40ptg~ saya mula bergerak ke Hospital Annur, ada temujanji ngan Doktor. Dah 3 bulan batuk saya ni.. tapi kija kat opis menyebabkan saya menangguhkannya.. dari proses penutupan akaun syarikat, reporting.. dan audit yg berakhir bulan Januari.. dan diikuti Pn Zuraini yg ''tender resign'.. so bantulah sikit2 kat bahagian setiausaha sementara menunggu Siti masuk, kija saya tetap diteruskan mcm biase.. nak time-off pun takut2 Doktor tahan plak.. last week sibuk ngan proses penutupan akaun bulanan syarikat.. TNT yg berlambak, nak fotostat dokumen yg berkaitan projek.. analisis projek.. bantu ketua projek utk checking data.. projek kat RND ader la lebih kurang 40 projek, telefon bordering ajer dan email yg panjang jela.. Kuat ker saya sebenarnya?Masalah rumahtangga tu ader la, namun nak tak nak Aku perlu kuat.. bosan, hiba, sedih . Hanya Allah sahaja yang tahu, bila agaknya saya akan bergembira semula.. Waalahualam..

Berbalik dengan temujanji dgn doktor pakar. Saya pergi seorang diri tanpa ditemani oleh sesape. Emm saya warded.. didapati ada jangkitan kuman kat paru-paru.. sebab batuk yg yg berterusan. Ubat yg diberi pun tak 'lut'.. saya percaya pada fitrahnya manusia.. yg penyakit yg diperolehi oleh kerna nak cuci dosa.. ek! Teringat kata Dr Fadhilah Kamsah. 2 hari sudah kiter ada kursus ngan dia.. terasa kedil diri ini.. walaupun ditanya secara rawak pada kami semua, namun ada bab2 yg terasa.. dan perlu diperbaiki.. kelemahan itu ada pada semua manusia.. orang akan Gah jika kaya.. tapi ianya dapat ditundukkan dengan bersedekah..dan dihiasi dengan amalan zikir agar hati tidak mengalah dek kerana nafsu..

Lepas Maghrib, Hubby & anak2 serta bibik pun datang menjenguk.. menghantar pakaian yg perlu.. kelihatan anak2 menangis.. saya terangkan yg Doktor nak check ajer..kena makan ubat.. blab la bla.. jenuh jugak nak terang kat bebudak ni..berat jugak nak tinggalkan diorang ngan bibik. Aishah ni biasenyer tidur ngan saya.. tapi nampaknya Abahnya ambil alih tugas tersebut..

Dan malam ni, buat pertama kalinya tidur sorang2 kat hospital.. sejak saya mendirikan rumahtangga..biasenyer tidur ngan anak2..

Dalam pkl 8mlm, En Safwan~ pakar physiotherapist, menjemput saya ke biliknya utk pemeriksaan paru2.. saya menganguk tanda setuju. Naik semput bila melaui prosesnya.. katanya baring dan mongering ke kanan dan meletakkan bantal di bawah dada dapat mempercepatkan proses lendiran kahak dapat dikeluarkan dari paru2.. satu teknik lagi.. meniarap, juga meletakkan bantal di dada.. saya perlu buat di bilik at least 1 jam 4 kali.. disamping injection antibiotic 3 kali sehari.. saya dengan tenang perlu melaluinya.. Insya Allah( tak suka injection, kalo nak bersalin tu dah ready, yg ni main2 terjah dan tak ready..masuk ward injection for checking TB, then 2 time injection for antibiotic.. now morning, evening & night… )

Ok la nak tidur.. sempat call Aishah tadi dan menyanyikan doa utk tidur.. (ni gara2 dengar kumpulan Tilmiz la ni.. ) Moga2 hari esok lebih sempurna, Insya Allah.

Sunday, March 1, 2009

Picture with CFO and Finance Division~ 2007

Jejaka jambo dari Malaya..
Ladies yang control ayu..
Gambar bersama Tn Haji Sabri ( duduk dua dari kiri) dan teman2 dari unit akaun & perolehan..
dan lagi..
kali ini kedudukan lain plak..

Malam ni seperti malam2 sebelumnya.. mengemaskini blog & email2..cuma 3 email yg diterima.. dari Kak Seri, Zaizalmohar dan En Ridwan Bakar ( saper dia ni ek.. macam mana dia bleh kenal Dr Shah?~ our CEO at TMR&D... anyway thanks a lot because you come to my blog yg tak brape formal ni.. ) so ok.. nanti kita balas email diorang ni la..

Dan kali ini kuselitkan gambar Tn Haji Sabri dan geng kat finance.. rasenyer dah 2 thn gambar ini diambil.. semasa meraikan Hari Raya di opis..rasenyer masa tu dah 28 Shawal..itupun atas permintaan En Sabri.. klakar plak nengok gambo2 ni.. tapi itulah kenangan bersama ngan En Sabri.. KAk Zue & En. Azam yang kini telah berhijrah ke tempat lain..

Hari ni~ saya dan keluarga pegi jap ke Nilai 3.. target nak beli pinggan dan cawan plastik..ok.. dah pergi.. tapi rase terkilan sebab tak dapat bli buah kundang nagn manggis.. tringat-ingat ajer ni..

Semalam ( Sabtu).. saya dan Kuna p kija..siapkan kerja yg sepatutnya diselesaikan..mcm biase la, hujung bulan dah menjadi aktiviti kami utk datang pejabat..dan menyiapkan jurnal & TNT staff yang banyak tuu..masuk pukul 12.40pm dan balik jam 5.30ptg..singgah jap kat Alamanda bli pizza hut.. hujan turun agak lebat.. Alhamdulilah ok jugak drive.. slalunyer ader driver.. bawak keter pun dalam 60-80 ajer..

Ok~ nak beradu ni.. esok dah nak kija.. aktiviti Esok~ menghadiri Kursus Motivasi: Hijrah Ke Arah Peningkatan Kualiti & Produktiviti’ yang dikendalikan oleh Dato' Dr Fadhilah Kamsah..kat Opis ajer.. moga2 ianya diberikan kekuatan diri utk menghadiri majlis ilmu ini.. Amin..

Jazakalahu khair..

** S.U.N.Y.I. **

Gambar ini diambil 9 tahun yang lalu.. tengah tunggu teksi.
masa tu bekerja kat PORLA di Kelana Jaya dibawah Akauntan Sahir & Co (P.A)
yang berpusat di Seksyen 7, Shah Alam..
DALAM SUNYI.. Terdengar puisi rindu pada angin yang menderu di sela-sela daun malam yang kian menyentuh kata-kata terakhir bak perjalananku bertambah jauh menemukan hari yang pasti patuh pada kehendak-Nya jua. Dalam sunyi aku terbaca dosa-dosaku begitu banyak mencemarkan wajah maruah sungguh aku malu pada diri sendiri apa lagi padaMu, Ilahi.. Aku mulai berlari kencang angin agar mampu memeluk maghfirah sebaik nanti kugugur dosa-dosa sudah berkubur diri sarat bekalan amalan yang diredhai-Mu..